Kemunculan Stan Lee yang sentiasa ditunggu-tunggu peminat dalam setiap filem Marvel bakal berakhir selepas pihak Marvel Studios mengesahkan penampilan terakhir Stan Lee adalah dalam Avengers: Endgame.

Stan sudah membuat cameo di lebih 30 karya Marvel pada ketika ini bermula penampilan pertamanya dalam siri ‘The Trial Of The Incredible Hulk’ pada tahun 1989 sehinggalah dalam filem terbaru Captain Marvel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/marveIstuff/status/1115021780626935808

Ada ura-ura mengatakan Stan Lee akan membuat penampilan khas dalam Spider-Man: Far From Home tetapi pengarah Endgame, Joe Russo menafikannya. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige turut menambah penampilan terakhir Stan Lee ketika Endgame ini akan jadi sesuatu yang lebih sentimental dan diingati oleh semua.

Stan Lee mungkin akan muncul di dalam filem Marvel akan datang tetapi dalam cara yang berbeza. Disebabkan Disney dan 20th Century Fox kini sudah berada di bawah satu bumbung, ada yang mahu Deadpool menggantikan Stan Lee dalam membuat cameo dalam filem Marvel selepas ini.

Sumber