Marvel Studios nampaknya mempunyai satu lagi kejutan yang tidak dijangka kepada peminat. Baharu sahaja dilaporkan oleh laman Screen Rant, Avengers: Endgame akan kembali ke pawagam di Amerika Syarikat dengan versi terbaru: kali ini Endgame akan mempunyai end credit!

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Kevin Feige dan ianya mungkin salah satu strategi Marvel untuk menambah kutipan tayangan Endgame bagi mengatasi filem Avatar. Walaupun filem ini berjaya membuat kutipan USD1.2 bilion pada minggu pertama ianya ditayangkan, namun disebabkan saingan dengan filem hebat yang lain (termasuk John Wick 3), Endgame masih tidak dapat ‘mengalahkan’ Avatar.

Kevin Feige berkata versi ‘terbaru’ Endgame bakal berada di pawagam pada 28 Jun. Tetapi tidak dipastikan sama ada ianya akan ditayangkan di seluruh dunia atau hanya di Amerika Syarikat.

Tetapi perkongsian daripada TGV Cinemas ini sedikit memberi gambaran kemungkinan Endgame versi terbaru ini turut akan ditayangkan oleh pawagam di Malaysia. Jadi adakah anda akan kembali menonton filem ini sekali lagi hanya untuk melihat end credit ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan berita ini.

Sumber