Tidak dinafikan filem Avengers: Endgame merupakan filem paling dinanti-nantikan oleh peminat Marvel di seluruh dunia. Malah, filem tersebut berjaya mengutip RM4.96 bilion pada minggu pertama ditayangkan.

Berikutan hype filem tersebut, pasti ramai yang masih lagi tidak dapat menontonnya berikutan tiket filem tersebut habis terjual. Baru-baru ini, muncul berita yang tidak sedap didengar apabila ada saluran TV di Filipina menayangkan filem Avengers: Endgame secara haram di saluran TV mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saluran TV tersebut menayangkan filem versi cetak rompak yang tidak berkualiti di saluran mereka sehari selepas tayangan perdana di sana dan ini merupakan satu tindakan tidak beretika. Syarikat pembekal TV kabel tersebut, Orient Cable dituduh melakukan perkara berkenaan oleh pengedar rasmi filem tersebut di Filipina, Teatro de Dapitan.

Hal tersebut dapat dihidu oleh syarikat Teatro de Dapitan, lalu pihaknya berjaya merakam kejadian tersebut dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Tindakan pihak Teatro de Dapitan diketahui Orient Cable, dan pihak Orient Cable menghentikan siaran filem itu dan digantikan dengan filem Captain Barbell bagi menutup kesalahannya.

Walau bagaimanapun, tiada maklum balas daripada pihak Orient Cable mengenai isu tersebut. Isu ini menunjukkan bahawa masih ada lagi pihak yang melanggar norma dan undang-undang hanya untuk kepentingan dirinya.

Baca lagi: ‘Avengers: Endgame’ Karya Teragung Marvel Studios

Sumber