‘Avengers: Endgame’ kembali menjadi bualan orang ramai selepas pengumuman tayangan semula beserta end credit. Sama seperti taktik yang pernah dilakukan oleh pesaing terdekat, ‘Avatar’, namun jumlah kutipan keseluruhan Endgame kini masih belum dapat mengatasi jumlah kutipan filem pesaingnya.

Bagi yang sudah menonton Endgame beserta end credit, pastinya anda berasa sedikit kecewa kerana keseluruhan jalan cerita sebenarnya masih sama cuma ditambah dengan babak tribute untuk mendiang Stan Lee pada penghujungnya sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

stan-lee-mallrats

Setakat ini ‘Endgame’ beserta end credit hanya mampu meraih kutipan sebanyak USD7,800,000 (~RM32,299,800) sahaja. ‘Endgame’ masih jauh ketinggalan dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak USD2,760,000,000 (~RM11,429,160,000) berbanding dengan ‘Avatar’ sebanyak USD2,780,000,000 (~RM11,511,980,000). Nampaknya strategi Marvel untuk menambah keuntungan kurang menjadi kali ini.