Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Filem Avengers: Endgame sudah pun ditayangkan di seluruh Malaysia dan kita bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang dapat menonton Endgame pada hari Rabu.

Kami tidak menjadi antara yang terawal menonton filem ini. Ada yang sudah berada di pawagam untuk tayangan jam 7 pagi dan kami sudah dapat agak pasti ramai yang minta cuti untuk jadi antara yang pertama menonton filem Endgame.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami tidak mahu membuat ulasan panjang tentang filem Endgame kerana kami rasakan ianya lebih baik jika kami hanya sekadar bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh hanya beberapa aspek dalam filem ini sahaja. Jangan risau, tiada spoiler yang akan dicampak dalam penulisan ini.

1. Tiga jam berlalu tanpa sedar

Filem Endgame digarap dengan sangat rapi sehinggakan anda tidak perasan 3 jam berlalu begitu sahaja. Tiada bahagian meleret yang akan buat anda bosan dan menjadi identiti MCU untuk menyelit humor di sepanjang filem tanpa melebih-lebih.

Pada pandangan kami, setiap babak disusun dengan sangat baik dan tidak mengelirukan. Cuma mungkin anda kena tonton Infinity War kembali jika mahu ingat semula beberapa butiran yang akan dibawa dalam filem Endgame ini.

2. Sila tonton filem di pawagam 4DX GSC

4DX is able to simulate water as well as rain

Jika anda belum membeli tiket Endgame, kami minta tolong untuk anda tonton filem ini di pawagam 4DX. Kenapa? Kerana ianya akan memberikan pengalaman menonton yang lebih awesome untuk anda! Rakan Vocket yang menonton bersama semua bersetuju dengan perkara ini.

Sebagai contoh, ketika adegan berada dalam kapal angkasa, anda akan rasa seperti anda terbang sekali bersama kapal angkasa tersebut. Jika adegan diserang, akan ada angin yang lalu di telinga anda. Jika ada adegan hujan atau percikan air, air juga akan terpercik. Memang real! Saya tegaskan di sini, ini bukan iklan berbayar daripada GSC. Kami bercakap kerana pawagam 4DX ini memang awesome. Mungkin kami akan tonton John Wick 3 di pawagam 4DX juga nanti.

3. Thor

Avengers Thor

Dalam banyak-banyak Avengers, Thor adalah watak yang paling outstanding dalam Endgame. Rupa Thor memang sangat ‘berbeza’ berbanding filem beliau sebelum ini dan beliau seperti tidak kisah berpenampilan sedemikian. Tak kering gusi anda dengan telatah Thor nanti.

4. Jangan lupa bawa tisu, mata anda pasti berkaca

Orang putih kata emotional roller coaster journey ketika anda menonton filem ini. Ketika adegan lucu, terus dipotong dengan adegan yang akan buat mata anda berkaca. Bukan sekali mata anda akan berkaca, tetapi berkali-kali. Kami yakin, bukan sahaja wanita, tetapi lelaki juga akan mengalami fenomena ini. Tak percaya? Nanti lihat mata rakan anda yang menonton.

5. Avengers, assemble!

avengers-4-kevin-feige-definitive-ending-001

Masih ingat Robert Downey Jr berkata 8 minit terakhir filem ini adalah babak paling hebat dalam sejarah MCU? Apa yang beliau cakapkan itu benar dan memang, ianya sangat epik! Sejurus sahaja perkataan ini dilaungkan oleh *ehem ehem*, terus pertarungan bermula tanpa henti. Memang hebat!

6. Trailer rasmi Avengers: Endgame hanya 3% daripada keseluruhan filem ini

Seperti juga Avengers: Infinity War sebelum ini, apa yang anda tonton di trailer yang dikongsi Marvel Studios ada yang benar, ada yang tidak ada pun dalam filem. Dan apa yang anda tonton menerusi trailer tidak langsung menceritakan gambaran sebenar apa yang akan berlaku dalam Endgame nanti. Senang cerita, kita semua kena ‘game’ lagi dengan Marvel.

Terima kasih diucapkan pada Russo Brothers kerana mengekalkan momentum dan hype filem Avengers untuk Endgame. Endgame menjadi penutup yang hebat untuk fasa ‘The Infinity Saga’. Kami tahu Spider-Man: Far From Home adalah filem terakhir untuk fasa Infinity Saga tetapi filem berkenaan tidak melibatkan majoriti watak Avengers.

Untuk filem ini, kami beri 9.5/10. Kenapa tidak dapat markah penuh? Anda sendiri cari mana ‘hilangnya’ lagi 0.5 itu nanti. Tak semua filem itu sempurna. Tetapi filem ini hampir perfect bagi kami.

Dan hanya satu spoiler yang kami mahu beri: Tiada end credit untuk Endgame. Tetapi kami tidak menghalang untuk anda menunggu sehingga kredit filem tamat. Yang pasti, Endgame adalah karya masterpiece terbaik Marvel ketika ini.