Nampaknya Avengers: Endgame sedang dalam perjalanan untuk memecahkan segala rekod yang ada di dunia perfileman Hollywood. Terbaru, Avengers: Endgame sudah pun membuat kutipan USD1.2 bilion (~RM4.96 bilion), hanya untuk hujung minggu pertama ianya dilancarkan!

Kutipan ini nampaknya akan berterusan dan jika rentak ini dapat dikekalkan, Endgame dapat menjadi filem Hollywood dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah. Rekod kutipan tertinggi masih lagi dipegang oleh filem Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 dengan kutipan USD2.7 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejayaan kutipan tertinggi filem Marvel Studios ketika ini adalah menerusi filem Avengers: Infinity War yang berjaya mengutip USD2.04 bilion pada tahun 2016.

Jualan tiket awal Endgame (advanced ticket) banyak membantu dalam kutipan filem ini di mana peminat ramai yang sudah tidak sabar untuk menjadi antara yang pertama menonton Endgame di pawagam. Ada juga pawagam yang beroperasi terus 24 jam untuk memenuhi permintaan tontonan Endgame.

Endgame juga sudah menjadi filem paling cepat mengutip kutipan USD1 bilion dalam sejarah perfileman Hollywood. China juga menjadi antara negara pertama menerima tayangan Avengers: Endgame dan dapat dilihat, majoriti kutipan Endgame (untuk pasaran luar Amerika Syarikat) adalah dari negara China.

Endgame semestinya lubuk emas untuk Disney dan juga Marvel Studios dan segala pembelanjaan untuk promosi filem ini di seluruh dunia sudah pun membuahkan hasil. Yang pasti, tidak ada filem yang dapat menandingi kejayaan yang dicipta oleh Endgame dalam masa terdekat. Tahniah Disney dan Marvel Studios.