Di Amerika Syarikat, peminat di sana cuma dapat menonton Avengers: Infinity War pada hari Jumaat yang lalu dan seperti dijangka, Infinity War menjadi filem kedua dengan kutipan domestik tertinggi dalam sejarah.

Infinity War berjaya membuat kutipan USD106 juta (RM415 juta+-) pada hari Jumaat lalu. Filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ kekal di tangga pertama dengan kutipan USD119 juta yang dibuat pada tahun 2015.

Tetapi ianya berjaya mengalahkan kutipan pembukaan yang dibuat Black Panther dan Age Of Ultron sebelum ini. Dengan momentum yang dibuat Infinity War, tidak mustahil untuk filem ini membuat sekitar USD240 juta untuk hujung minggu pertama. Ini hanyalah kutipan untuk domestik (Amerika Syarikat), belum lagi kutipan untuk seluruh dunia.

Filem pertama dan kedua kutipan paling tinggi adalah milik Disney. Disney membuktikan mereka bijak dalam membuat pelaburan dalam franchise yang pastinya akan ‘buat duit’ kepada mereka.

Sumber