Dalam masa hanya 11 hari, filem Infinity War telah berjaya mengutip USD1 billion dan tiada tanda ianya akan berhanti pada angka 1 billion.

Setakat semalam, Infinity War telah berjaya mengutip USD1.16 billion dan telah memotong filem yang sebelum ini ditempat pertama, Captain America: Civil War (USD1.15 billion) dan The Dark Knight Risies (USD1.08 billion) dengan jumlah kutipan hari yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekod apa lagi yang belum dipecahkan oleh Infinity War? Stakat ini filem ini telah mengalahkan Star Wars: The Force Awakens untuk kutipan minggu kedua paling tinggi, filem dengan kutipan paling tinggi di Russia dan banyak lagi. Lebih menarik adalah Infinity War masih lagi belum ditayangkan di pawagam China!

Seperti juga filem-filem Hollywood lain, pasaran di negara China adalah ‘lubuk emas’ untuk studio filem dan penduduk di China ramai yang sudah tidak sabar menantikan filem ini. Kita perlu rasa bertuah kerana penduduk di China cuma dapat menonton filem ini pada 11 Mei 2018 di pawagam.

Infinity War China Poster
Poster filem Infinity War di China

Penganalisa filem berpendapat kutipan filem Infinity War boleh melepasi USD2 billion. Hanya 3 filem sahaja yang pernah melepasi kutipan USD2 Billion setakat ini: Star Wars: The Force Awakens, Titanic dan Avatar.

Perancangan 10 tahun Marvel Studios pastinya berbaloi sekiranya Infinity War turut melepas angka USD2 billion ini. Ada rakan kami yang sudah menonton filem ini lebih daripada 3 kali; dan setiap pembelian tiket menyumbang kepada kutipan Infinity War di seluruh dunia. Berapa kali pula anda menonton filem ini?

Sumber