Sebut mengenai A&W pastinya ramai yang akan ingat dengan menu minuman RB atau Root Beer yang sangat ikonik bagi rangkaian restoran ini. Terbaru, bersempena dengan pembukaan cawangan A&W terbaru di Bukit Bendera, Pulau Pinang mereka telah menawarkan minuman Root Beer dengan harga serendah RM1 sahaja.

Untuk pengetahuan, A&W Bukit Bendera mula dibuka pada 18 April lalu. Pelancaran yang dijalankan disambut buat oleh para pengunjung untuk menjadi pelanggan terawal cawangan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khas buat anda yang bakal ke cawangan ini dalam masa terdekat ini, anda boleh dapatkan promosi minuman RB dengan harga RM1 menggunakan kupon ini. Promosi terhad ini bermula 18 April sehingga 24 April ini.

57328189_2193021960777517_2380806599598931968_o

57291115_2193022100777503_1546877130724343808_o

Buat anda yang sudah lama atau belum pernah menjejak ke Bukit Bendera mungkin ini masanya untuk anda singgah ke sana. Menjamah coney chicken beserta RB ditemani rakan-rakan atau keluarga serta suasana yang memukau pastinya pengalaman yang mengasyikkan untuk anda cuba.

Baca lagi: A&W Bakal Menurunkan Harga Makanan Bagi Memenuhi Permintaan Pelanggan

Sumber