Sebut sahaja A&W semestinya anda sudah terbayang minuman ikonik ‘root beer float’ mereka yang sedap dan menyegarkan tekak anda. Kami ada berita baik ingin beritahu kepada peminat makanan di restoran A&W ini.

Sempena dengan ‘National RB Float Day’, A&W tawar promosi untuk minuman root beer float kegemaran ramai dengan harga RM1 sahaja. Difahamkan, promosi ini akan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada hari esok, 6 Ogos 2020.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini sah di semua cawangan A&W dan boleh ditebus untuk makan di restoran atau bawa pulang. Malah, promosi ini tersedia selagi stok masih ada dan tertakluk pada terma dan syarat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan lupa temujanji kita di A&W pada hari esok dan ajak kawan-kawan untuk merebut peluang nikmati minuman kegemaran ramai ini. Ayuh kita!

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel berkaitan A&W pada pautan di bawah ini.

A&W Bakal Menurunkan Harga Makanan Bagi Memenuhi Permintaan Pelanggan

Restoran Ikonik A&W Seremban Bakal Tutup Januari ini

Selepas 55 Tahun, Cawangan A&W Malaysia Di Petaling Jaya Bakal Ditutup