Tidak dapat dinafikan air minuman Root Beer Float daripada restoran A&W adalah minuman yang unik dan tidak ada di restoran lain. Bersempena ulangtahun Rooty Bear, A&W tawar promosi untuk minuman ‘root beer float’ dengan harga RM1.

Promosi ini akan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada hari esok, 19 Jun 2019 dan sah di semua restoran A&W. Ini pastinya satu berita gembira buat anda yang gemar minuman tersebut.

#GoodNews #Promotion #ANWday #RBday #anwmalaysia #19JuneTo celebrate Rooty Bear's Birthday, we will be having a…

Posted by A&W Malaysia – Official on Thursday, 13 June 2019

Akan tetapi, adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya sah untuk makan di restoran sahaja dan tersedia selagi stok masih ada serta tertakluk pada terma dan syarat. Malah, anda juga berpeluang untuk bergambar bersama Rooty Bear di 36 cawangan A&W seperti di Kota Damansara, Kota Kemuning, Wangsa walk, dan banyak lagi selepas jam 8 malam. Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di sini.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →