Awal Ashaari telah disaman lagi oleh syarikat khidmat pengubah suai dan dekorasi rumah Naz Carpentry sebanyak RM300,000 kerana beliau didakwa telah melanggar kontrak.

Menurut laporan Awani, saman tersebut telah difailkan pada minggu lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors.

doc78d9xu1l6o04bia873n
HYPE
Lebih Mudah Dan Efisien, Sejuta Pengguna Kini Bertukar Ke ‘Smart Meter’ TNB Untuk Kediaman Mereka
Baca lagi →

Syarikat itu dalam kenyataan mendakwa, pelakon tersebut telah melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baharu defendan dan memungkiri perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Naz Carpentry dalam samannya menuntut deklarasi bahawa defendan Awal Ashaari tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

“Naz Carpentry juga menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan Awal Ashaari termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain,” kata Naz Carpentry dalam kenyataannya hari ini.

Selain itu, Naz Carpentry juga menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah.

Nurul Hafidzah, peguam utama bagi Naz Carpentry turut mengatakan bahawa anak guam beliau berpendapat bahawa pelakon tersebut tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran tersebut.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry telah bertindak menyaman Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana beliau telah menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui kempen media sosial di akaun pelakon tersebut.

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh pelakon itu telah memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

Baca lagi perkongsian kami yang ‘trending’ beberapa hari ini menerusi pautan di bawah.

Mesej Mahu Berkenalan, Pegawai Polis Disiasat Kerana Mengambil Nombor Wanita Ketika ‘Roadblock’

Bekas Pekerja Kongsi Budaya Kerja Tidak Sihat Sepanjang Di Tesla

Dikenakan Cukai RM128 Tanpa Sedar, Lelaki Ini Sarankan Pembeli Semak Sebelum ‘Shopping’

Anda Mungkin Suka