Tidak boleh disangkal lagi barangan fake jenama terkemuka dunia seperti adidas, Nike, Supreme, Gucci dan banyak lagi menjadi semakin hampir dengan barangan yang sebenar. Dan selebriti Malaysia tidak terlepas daripada dituduh menggayakan barangan fake.

Laman Instagram yang terkenal yang ‘mengesan’ selebriti tempatan menggayakan barangan tiruan, Streetwear Busted Malaysia kali ini membuat dakwaan Awal Ashaari menyarungkan kasut Yeezy Boost 700 tiruan. Dakwaan itu nyata membuat Awal marah kerana beliau berkata kasut yang dibelinya adalah tulen yang dibelinya di butik adidas Originals Suria KLCC.

Awal menerusi posting Instagramnya berkongsi bukti resit kasut pembelian kasut Yeezy ini di Instagramnnya. Laman Streetwear Busted juga mempunyai ‘bukti’ tersendiri dengan berkongsi tulisan ini di ruangan Insta Stories mereka.

streetwear 2

streetwear

Mungkin satu ketika dahulu Awal pernah terpalit dengan kes baju fake Supreme Italia yang menurut beliau adalah hadiah daripada peminatnya. Sebenarnya ramai sahaja yang terkeliru antara Supreme sebenar dan Supreme Italia ini. Jadi tidak boleh salahkan Awal 100 peratus.

Daripada kes di atas, Awal pastinya sudah lebih berhati-hati dalam menggayakan pakaian yang dipakainya. Jadi bagi saya kedua-dua pihak mempunyai ‘bukti’ dan hujah mereka yang tersendiri. Anda boleh lihat IG Stories Awal dan Streetwear Busted untuk buat penilaian sendiri.

Awal ada menjemput team Streetwear Busted My ke rumahnya untuk legit check koleksi kasut Yeezynya. Jadi takkan team Streetwear Busted cuma berani secara atas talian sahaja? Kami tahu anda cuma mahu mengangkat martabat barangan original, tetapi jika anda berani untuk bersemuka dengan Awal, barulah gentleman.

P/S: Secara tiba-tiba, Sharifah Sakinah pun terkena tempias. Sakinah selamba sahaja muat naik gambar ini di Instagramnya.