Sebelum ini tular satu rakaman video yang dirakam oleh pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell cuba mengejutkan pekerjanya yang tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.

Baru-baru ini Pak Cik Shell telah tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram. Beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi. Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.

Perkongsian video itu telah menerima maklum balas positif dan pujian daripada netizen yang mana merasakan pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.

Tambah netizen lagi mereka memuji pekerja itu kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Orang ramai juga mendoakan agar pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.

Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell

Warganet juga memesan agar orang ramai perlu ‘berfikir panjang’ terlebih dahulu sebelum menularkan satu-satu video ke media sosial. Bak kata Pak Cik Shell

“Kami beroperasi oleh sekumpulan warga Malaysia yang kuat bekerja, untuk warga Malaysia yang lain. Itulah hakikat kehidupan yang kita tak nampak.”

Sikap terpuji Pak Cik Shell sebagai leader disegani pernah mendapat perhatian ramai apabila beliau berjumpa dengan pekerja yang mengambil keputusan SPM sambil memakai baju Shell.

‘Big Boss’ Turun Padang Jumpa Pelajar Tular Ambil Keputusan SPM Pakai Baju Shell

‘Pak Cik Shell’ Terus Beri Kerja Selepas Mendengar Kisah Remaja Gelandangan Ini