Ketika ini banyak produk kulit muncul bak cendawan di pasaran. Pengguna mempunyai pelbagai pilihan produk dari dalam dan luar negara untuk dipilih tetapi bagaimana untuk tahu produk yang anda gunakan itu selamat atau pun tidak?

April 2017 tahun lalu, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah mengeluarkan senarai produk yang didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Penggunaan produk kosmetik yang dicampur dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan sampingan serius kepada kesihatan penggunanya. Di sini kami nyatakan beberapa bahan berbahaya yang biasa dicampur dalam produk kosmetik dan pembersih muka.

kulit kering merah

1. Merkuri

Merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyumbang kepada kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Bagi ibu hamil yang menggunakan produk mengandungi merkuri pula, ia boleh menjejaskan perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Merkuri juga turut boleh menjejaskan otak kanak-kanak kecil.

Merkuri juga bersifat menghakis dan memang apabila menggunakan produk yang mengandungi merkuri, kulit anda akan tampil bersih tetapi kemerahan. Ini kerana kulit anda sebenarnya sedang ‘terhakis’ tanpa anda sedar.

2. Tretinoin

Tretinoin adalah bahan yang baik untuk merawat jerawat. Tetapi tretinoin yang digunakan untuk produk merawat jerawat boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan kulit menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi tretinoin.

Tretinoin juga boleh dijumpai dalam produk anti penuaan yang ada di pasaran.

3. Hydroquinone

Hydroquinone ini sebenarnya disahkan selamat untuk digunakan. Hydroquinone akan bleach kulit anda untuk mengurangkan kehadiran melanosit. Melanosit menghasilkan melanin, yang akan memberikan warna kepada kulit anda.

Hydroquinone menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan sekaligus meningkatkan risiko kanser kulit. Selain daripada itu kulit yang disapu dengan hydroquinone menjadi kemerahan, tidak selesa, dan bertukar menjadi sangat sensitif.

4. Fragrance

Cuba anda semak mana-mana produk cuci muka, minyak wangi, cologne atau kecantikan. Pasti akan ada perkataan fragrance ini. Apa sebenarnya fragrance ini? Fragrance adalah pewangi atau pewarna yang dimasukkan pada produk untuk memberi warna atau wangian pada produk yang anda gunakan.

Ia sebenarnya dimasukkan untuk memberi lebih keselesaan pada pengguna tetapi kadangkala kandungan dalam fragrance ini mungkin boleh memberi riaksi pada kulit dan menjadikan kulit anda bertambah sensatif.

5. Alcohol

Ada alcohol yang baik dan juga yang tidak baik. Methanol, isopropyl alcohol, propanol, benzyl alcohol, dan sd alcohol (alcohol denat) adalah contoh alcohol yang tidak baik untuk kulit. Alcohol ‘jahat’ ini boleh membuatkan kulit jadi tersangat kering dan merah selepas digunakan.

Alcohol sebenarnya membantu untuk membuang lapisan kekotoran pada kulit tetapi ianya akan menyebabkan kulit jadi sedikit pedih apabila digunakan. Alcohol sebenarnya membantu untuk menjaga lapisan kulit dan memastikan kulit sentiasa sihat.

Tetapi ianya akan menyebabkan kulit hilang perlindungan semula jadi dan memudahkan bakteria menyerang kulit. Jadinya, kulit anda akan jadi radang serta timbul jerawat (pada wajah).

Ini antara bahan yang anda perlu lihat terlebih dahulu sebelum membeli mana-mana produk pencuci kulit. Jika kulit anda tersangat sensitif, anda mungkin boleh bertukar menggunakan pencuci muka keluaran Cetaphil.

GSC
Kredit gambar: Nyonya Whitfield

Anda tanya sahaja rakan-rakan yang sudah menggunakan produk ini, rata-rata berpuas hati dengan kesannya. Cetaphil Gentle Skin Cleanser bantu untuk membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi anda.

Produk Cetaphil juga adalah fragrance-free, jadi kandungannya bebas daripada bahan kimia berbahaya dan sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini juga sesuai untuk muka dan bahagian badan; jadi tidak perlu lagi anda mencari sabun yang berlainan untuk muka dan badan anda.

Setiap produk Cetaphil telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan. Jika anda mempunyai kulit sensitif, ini produk yang terbaik untuk anda. Cuba dan rasai sendiri perubahannya.