Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini, kes seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah butik Vans didapati telah mencuri barang berupa kasut, cermin mata dan banyak lagi secara terang-terangan.

Artikel Berkaitan:

Modus operandi kecurian ditangkap dalam rakaman CCTV apabila barangan tersebut dibeli oleh rakan subahatnya iaitu teman lelaki dan kakaknya yang menyamar menjadi pelanggan tetapi barangan tidak di ‘scan’ ketika di kaunter pembayaran.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Wanita tersebut telah bekerja selama 2 tahun di situ dan berhenti pada bulan Julai lalu mendakwa bahawa tiada kenaikan gaji punca dia berhenti. Hal ini disedari apabila semak barangan didapati tiada tetapi di dalam sistem masih ada stok tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga ‘flex’ di media sosial memakai barangan Vans yang dicuri itu dan selepas kantoi, wanita itu bertindak menghilangkan diri. Difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan jika wanita tersebut tidak menyerah diri sehingga jam 5 petang ini, maka polis akan masukkan wanita terbabit dalam senarai orang yang dikehendaki.

Malah, jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan wanita terbabit bolehlah hubungi pihak berkuasa atau staf Vans agar kes ini dapat diselesaikan.