Hebat. Siapa sangka di Malaysia ada produk kaca mata yang awesome seperti A’Wood. Diterajui oleh Mohd Faisal, jenama ini adalah yang pertama di Malaysia menghasilkan cermin mata diperbuat daripada kayu. Setiap satunya diperbuat dengan tangan dan menurut Faisal, tarikan utama produk mereka ini semestinya material yang digunakan serta style yang unik yang tidak dijual di tempat lain. Walaupun persaingan sengit di pasaran antarabangsa, A’wood meletak target untuk mengembangkan jenama mereka ke seluruh dunia. Rasa nak beli sepasang selepas tengok video ini dan setiap rekaan buat masa ini adalah sangat limited. All the best buat A’wood!