Syarikat AWS pada tahun lalu dilaporkan komited untuk melabur di Malaysia dan mengumumkan perancangan mereka untuk melabur sebanyak $6 bilion (~RM25.5 bilion) untuk membangunkan pelbagai perkara melaluinya.

Terbaharu, AWS dilaporkan akan membuka AWS Region untuk Malaysia yang sekaligus bakal memudahkan startup tempatan untuk segala urusan berkaitan infrastruktur seperti pusat data, sekuriti dan pelbagai perkhidmatan AWS lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Amanz

Di samping itu, ia juga akan terdiri daripada ‘3 Availability Zones’ sekaligus menjamin perkhidmatan berterusan untuk pelanggan AWS di Malaysia. Dengan kehadiran AWS Region khas ini, penawaran kadar latensi yang lebih rendah untuk internet sementara pengguna korporat termasuklah agensi kerajaan dapat menyimpan data dengan lebih sekuriti.

Sehingga kini terdapat pelbagai startup dan juga syarikat besar yang menggunakan perkhidmatan AWS termasuklah Carsome, Astro, Storehub dan banyak lagi. Dengan komitmen perancangan RM25.5 bilion yang akan dilaburkan oleh AWS untuk pasaran Malaysia, semestinya dapat merancakkan lagi arena teknologi internet dan startup di sini.

Sumber