Mula mempamerkan teaser sekitar 1212 lalu, hari ini menjadi saksi apabila Perodua secara rasminya telah menampilkan rekaan gambar pertama Perodua Axia generasi terbaharu.

Hadir dengan kod nama D74A, generasi terbaru Perodua Axia ini dilihat tampil dengan rekaan yang lebih segar dan moden. Penyertaan lampu LED DRL serta rekaannya yang mengingatkan orang ramai kepada Volkswagen Polo antara yang membuatkan model ini tampil menyerlah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perodua Axia 2023 ini dikuasakan oleh enjin 1 liter 1KR-VE tiga slinder NA yang mampu menghasilkan 67 kuasa kuda dan tork sebanyak 91Nm. Kotak gear yang digunakan pada kali ini adalah jenis D-CVT. Meskipun sering menjadi sebutan ramai sebelum ini, model Perodua yang bakal dilancarkan ini disahkan tidak hadir dengan sokongan enjin turbo.

Pihak Perodua turut menjanjikan penggunaan bahan api secara purata sebanyak 25.3km/l serta mampu mencapai setinggi 27.4km/l menerusi mod Eco Idle.

Sumber: Wapcar

Tidak hanya menawarkan rekaan yang moden pada bahagian luaran, para pengguna bakal turut menerima rekaan baharu pada bahagian dalam dengan penyertaan skrin TFT 9-inci yang ditawarkan eksklusif buat varian AV. Selain itu, Perodua juga turut menyertakan skrin 7-inci pada bahagian tachometer yang sama tersedia pada model Perodua Ativa.

Pelbagai lagi penawaran yang sedia ditawarkan buat Perodua Axia generasi terbaharu ini. Tidak mustahil orang ramai terpaksa menanti dengan lebih panjang seakan Perodua Alza yang dilancarkan pada tahun lalu.

Mengulas dari segi harga, Perodua Axia 2023 bakal mula ditawarkan pada harga RM38,600 bagi varian G iaitu varian terendah. Varian AV selaku varian tertinggi bagi model ini mula sedia ditawarkan pada harga RM49,500.

Sebanyak 5 warna yang akan ditawarkan terdiri daripada warna Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White. Model yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari ini dimaklumkan sudah sedia dibuka untuk tempahan.