Ayah kepada aktivis alam sekitar, Greta Thunberg gembira dengan pencapaian anaknya tetapi tidak berbangga.

Bercakap kepada BBC, Svante Thunberg berkata ‘idea kurang baik’ apabila Greta melakukan mogok sekolah sehingga beliau menarik perhatian dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ayahnya mengakui bahawa kebimbangan beliau adalah bagaimana anaknya akan menangani pandangan yang disuarakan oleh orang ramai.

Svante Thunberg mendedahkan bahawa anaknya mempunyai masalah kemurungan sebelum bergerak aktif dalam aktivisme selepas dia memulakan mogok sekolah di luar parlimen Sweden. “Dia kini sangat gembira,” katanya.

Greta
Sumber gambar: BBC

“Dia berhenti bercakap dan dia berhenti pergi ke sekolah,” katanya menceritakan tahap kemurungan Greta sambil menambah ‘mimpi menjadi lagi ngeri’ apabila Greta mula menolak makan.

Tetapi ayahnya kini gembira dengan Greta setelah penyakit kemurungan yang dihadapinya sebelum ini berjaya beransur sembuh.

“Saya tidak bangga, tetapi saya gembira melihat dia gembira. Saya gembira saya mendengar apa yang dimahukannya,” kata Svante.

Manakala naturalis, Sir David Attenborough, memuji sikap berani Greta ketika program bual bicara di BBC.

“Beliau telah mencapai sesuatu di antara kita yang telah berusahakan selama 20 tahun tetapi gagal,” kata Sir David, sambil menambah bahawa Greta adalah alasan utama mengapa isu iklan dibincangkan semasa kempen pilihan raya Inggeris.

Greta Thunberg sebelum ini telah dipilih sebagai TIME’s Person Of The Year. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pejuang Alam Sekitar, Greta Thunberg Dipilih Sebagai TIME’s Person Of The Year

Mudah Tetapi Jijik, Lihat Bagaimana Sistem Pengurusan Sampah Dilakukan Di India

Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ Terkejut Dengan Sampah Yang Ditemui Di Perairan Malaysia

Sumber