Seorang ibu di China tiada pilihan apabila perlu membina sangkar khas buat anaknya di bawah troli tempat beliau berniaga. Beliau tidak dapat meninggalkan anaknya yang berusia dua tahun itu di rumah kerana suaminya yang ketagihan bermain permainan video tidak boleh diharap untuk menjaga anak mereka.

Itulah apa yang dilaporkan menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube. Netizen yang melihat video berkenaan melahirkan rasa simpati terhadap nasib ibu berkenaan yang menjual jelly ais di bandar Tongren, GUizhou.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau memberitahu media China, Jiu Pai News bahawa beliau perlu menjaga anaknya sekitar tujuh hingga lapan jam sehari, menyebabkan beliau terpaksa membina sangkar dengan ruang yang cukup untuk anaknya bermain.

https://www.youtube.com/watch?v=HTNyVwvKAzg&t=29s

Wanita tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Li berkata beliau kasihankan nasib anak lelakinya itu tetapi tiada alternatif lain kerana suaminya tidak bekerja dan mengabaikan tanggungjawab menjaga anak.

Jika perlu menjaga anak di rumah, suaminya akan membiarkan sahaja anaknya kelaparan. Dia hanya akan bermain permainan video sepanjang hari sahaja.

Puan Li turut berkata beliau biasanya akan ke pasar di waktu pagi untuk berniaga di sana terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah untuk berniaga jual manisan pula di waktu petang.

“Inilah cinta seorang ibu kepada anak. Dia lebih rela lihat anaknya berada di depan mata walaupun berada dalam sangkar daripada dibiarkan tidak selamat di rumah. Pasti beliau turut rasa terkilan dengan tindakannya tetapi ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya,” tulis seorang pengguna media sosial, CP Lee.

Netizen yang lain turut menzahirkan rasa simpati kepada Puan Li dan mendoakan agar ada pihak yang dapat membantu Puan Li menjaga anaknya ketika beliau keluar berniaga.

WHO sebelum ini pernah menyenaraikan ketagihan kepada permainan video adalah satu penyakit mental. Baca lanjut mengenainya pada pautan di bawah.

WHO Senaraikan Ketagihan Bermain Permainan Video Sebagai Penyakit Mental

Nepal Haramkan PUBG Kerana Unsur Ganas Dan Ketagihan

Kronologi Kes Bella, Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati Oleh Penjaganya