Setiap orang memiliki kisah hidup yang tersendiri dan tidak semua orang bertuah untuk hidup dalam keadaan keluarga yang ‘senang’. Malah, bukan senang untuk berjaya dalam hidup kerana perlukan pengorbanan dan usaha.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @sonoflukas telah berkongsi kisah disebalik kejayaan yang beliau capai ketika ini. Cukup mengejutkan kerana beliau bukanlah dari keluarga yang senang tetapi keluarga yang memiliki kesulitannya tersendiri.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau berkongsi kejayaan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM pada 7 tahun yang lalu dan beliau bekerja di kedai Mamak secara separuh masa untuk menampung kehidupannya ketika itu.

Apa yang mengejutkan kami adalah kehidupannya tidak seperti remaja yang lain. Mana tidaknya, selalunya seorang pelajar hanya akan fokus belajar tetapi beliau mampu membahagikan masa untuk bekerja.

Beliau turut berkongsi keadaan keluarga beliau dimana ayahnya berada dalam lokap dan ibunya dalam hospital mental. Walaupun beliau mendapat keputusan cemerlang dalam STPM tetapi beliau tidak melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan.

Berikutan itu, beliau mula terlibat dengan najis dadah dan rakan-rakan beliau mula meninggalkan beliau. Akan tetapi, dua sahabat beliau iaitu El yang merupakan tunang beliau sekarang dan Umar, sahabatnya yang sudah meninggal dunia tidak meninggalkan beliau ketika itu.

Mereka membantu sedaya upaya untuk membantu beliau seperti menyedarkan beliau, bantu dari segi kewangan dan sebagainya. Pastinya tanpa bantuan mereka, beliau tidak akan mencapai kejayaan pada hari ini.

Difahamkan beliau bakal menamatkan pengajian dalam peringkat Master. Para netizen kebanyakannya bangga dengan pencapaian beliau dan kisah beliau banyak membuat mereka tersedar.

https://twitter.com/azrnsmohd/status/1231911897668059136

Semoga perkongsian ini akan membuka mata anda dan memberi inspirasi kepada anda untuk tidak berputus asa dalam hidup serta berusaha agar berjaya dalam kehidupan anda.

Apa kata baca kisah penuh inspirasi yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Walaupun ‘Ditipu’ Semasa Kecil, Lelaki Ini Hargai Sokongan Ibunya Hingga Jadi Pelukis Hebat

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

Tidak Kenal Erti Mengalah, Ibu Bawa Anak Berusia Tiga Tahun Tawan Puncak Kinabalu