Sudah menjadi lumrah menjelang sesuatu perayaan, kita semua bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis iklan mahupun cerita pendek yang mengetengahkan tema perayaan dengan memasuk nilai-nilai kemanusian.

Untuk tahun ini, cerita Ayah Saya Kaya yang diterbitkan oleh Zakat SG telah berjaya menarik mata kami untuk menonton filem pendek yang hanya berdurasi beberapa minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia menceritakan mengenai seorang ayah yang melalui liku-liku hidup untuk menyara keluarganya serta dipandang sinis dari segi luaran. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus membuat dan menyebarkan kebaikan.

“Wang itu senang dicari, Zaki. Tetapi masa itu kalau dah berlalu kita tak boleh dapatkan balik,” merupakan antara petikan dialog yang berjaya menangkap halwa telinga penonton.

Sejak dimuat naik di laman instagram @Zakat.SG, filem pendek Ayah Saya Kaya telah berjaya menarik ribuan tontonan dengan semua pengguna media sosial akui sebak dengan ncara cerita ini dipersembahkan.

Karya poster saya diciplak Hollywood, ini berkaitan filem pendek Split 3D – the hidden truth. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

“Karya Poster Saya Diciplak Hollywood”, Ini Berkaitan Filem Pendek Split-3D: The Hidden Truth

Dr Noor Hisham Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Pendek Ejen Ali

Tonton ‘Pasport Express’, Filem Pendek Yang Memaparkan Keindahan Negeri Perlis