Jonny Biggins, Steve Hanson dan Jason Bramley masing-masing ingin meluahkan penghargaan kepada ibu mereka serta penghormatan buat Anna Jarvis, yang melahirkan idea Hari Wanita Sedunia dengan merasai sendiri pengalaman menjadi seorang ibu yang sedang hamil.

Untuk tujuan tersebut, mereka memakai pakaian khas yang mempunyai berat 15kg selama sebulan. Selama tempoh masa tersebut, ketiga-tiga lelaki ini akan menjalani kehidupan seharian seperti pergi ke kerja, makan, menjaga anak-anak di rumah dan banyak lagi.

ayah hamil

Hasil usaha mereka selama sebulan ini direkodkan dalam bentuk gambar dan juga catatan peribadi setiap seorang daripada mereka.

Jason Bramley

ayah hamil

 “Bangun pagi setiap hari, saya merasakan seperti baru lepas bermain dalam perlawanan ragbi. Bahagian belakang dan bahu saya berasa sakit dan lenguh”


Jonny Biggins

ayah hamil

“Kesemua pengalaman yang menyakitkan ini sememangnya bukan ditakdirkan untuk lelaki.”


Steven Hanson

ayah hamil

 “Ianya satu perasaan yang bercampur-baur, dan sukar digambarkan. Mungkin saya perlu beli sekuntum bunga.”


Gambar ketika mereka memakai pakaian ini buat pertama kalinya:

ayah hamil

Bagaimana tidur Steve pada waktu malam? 

ayah hamil

 “Saya tidak boleh melelapkan mata. Ianya malam yang sangat menyedihkan, saya tidak dapat menyesuaikan diri.”


Jason melakukan kerja harian

ayah hamil

 “Saya terfikir kenapa perempuan hamil tidak menggunakan kerusi roda, di pejabat saya ada sebuah kerusi beroda dan ianya sangat membantu.”


Steve pula menjaga anaknya di rumah

ayah hamil

 “Saya bangga dengannya kerana tidak malu keluar dengan bapanya yang berpakaian seperti sedang hamil didepan orang ramai.”


Steve dan Jason cuba untuk berehat sebentar selepas hari yang meletihkan.

ayah hamil

Jonny yang sedang hamil bekerja seperti biasa

ayah hamil

“Rasa sedikit janggal bila kembali bekerja, melakukan semuanya nampak biasa sahaja sama ada anda hamil ataupun tidak.”


Begitu juga dengan Steve,

ayah hamil

“Apa yang kelakar adalah jarak meja dengan saya menjadi semakin jauh. Ketika saya cuma untuk merapatkan diri, meja terkena perut hamil saya terlebih dahulu”


Jason jalan kaki pulang ke rumah dari tempat kerja

ayah hamil

“Mungkin awalnya mereka berasa sedikit janggal, tetapi disebabkan kerja yang banyak mereka seperti lupa bahawa saya adalah seorang lelaki yang sedang membawa kandungan dalam perut.

Walaupun ianya tidak menggambarkan keadaan sebenar seorang ibu yang sedang mengandung, tetapi usaha 3 lelaki ini untuk merasai sendiri pengalaman betapa tabahnya seorang wanita hamil dalam menjalanani urusan harian harus diberikan pujian.

Baca juga: 10 hadiah terbaik ini akan buat suami menjadi semakin sayang terhadap anda!

Jangan lepaskan peluang untuk Like Facebook The Vocket.