Mula menyerang dunia pada awal tahun ini, nampaknya wabak COVID-19 masih lagi menunjukkan tanda-tanda aktif sehingga kini serta meragut sekitar 750,000 kematian setakat ini.

Terbaharu, negara luar berusaha keras dalam menghasilkan vaksin bagi wabak COVID-19, muncul pula sebuah kes baharu apabila ayam sejuk beku yang diimport dari Brazil didapati membawa wabak COVID-19. Kenyataan ini turut disahkan oleh wakil bandar Shenzen selepas pengujian dibuat.

Screen Shot 2020-08-14 at 11.30.23 AM
Ayam sejuk beku jenama aurora. Sumber: Reuters

Kehadiran wabak COVID-19 pada ayam sejuk beku ini nyata menakutkan orang ramai sekaligus memberi gambaran beberapa lagi makanan yang mungkin tercemar akibat wabak ini. Selain itu, orang ramai turut risau sekiranya kehadiran wabak pada bekalan makanan ini mampu mencetuskan gelombang baharu.

Menurut kerajaan Shenzhen, kehadiran wabak ini berpunca daripada sebuah kilang jenama Aurora di Brazil yang merupakan pemproses ayam dan daging babi ketiga terbesar negara tersebut.

Screen Shot 2020-08-14 at 11.30.36 AM
Sumber: Reuters

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali wabak COVID-19 ditemui pada makanan. Sebelum ini, bungkusan udang sejuk beku dari Ecuador turut mengesahkan perkara yang sama. Selain itu, pasar basah China yang menawarkan pelbagai haiwan eksotik turut tampil dengan jenis wabak yang sama.

Difahamkan wabak COVID-19 mampu hidup sehingga tempoh dua tahun pada suhu di bawah 20 darjah Celsius. Setakat ini pihak saintis masih belum mengesahkan sama ada makanan sejuk beku dapat menyebarkan virus mahupun tidak. Diharap penularan wabak ini dapat dikurangkan dalam memastikan orang ramai terhindar daripada penyakit merbahaya ini.

Ketahui lebih lanjut dengan daerah di Beijing yang dikenakan lockdown selepas disahkan kluster baharu di pasar borong.

Daerah Di Beijing Dikenakan ‘Lockdown’ Selepas Disahkan Kluster Baharu Di Pasar Borong

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Sumber