PETALING JAYA , 26 Ogos. Kehadiran Ayam gergasi yang banyak serta mula membanjiri seawal 12 tengah hari dihadapan Tesco cawangan Mutiara Damansara telah mencetuskan havoc serta membuatkan penduduk setempat bingung dengan situasi yang berlaku.

Lebih membingungkan apabila didapati puluhan ayam gergasi ini mula menari sebaik sehaja keluar daripada pintu utama Tesco. Kejadian aneh yang berlaku ini dikatakan membuatkan Penduduk Mutiara Damansara tidak senang duduk sebaik seahaja melihat kejadian aneh yang mungkin pertama kali berlaku di Malaysia ini.

Dalam pada itu, suatu perkara yang menjadi tanda tanya buat orang ramai adalah apakah punca kejadian disebalik ‘kehadiran’ ayam gergasi ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sama-sama kita nantikan apakah yang membuatkan Mutiara Damansara menjadi sasaran puluhan ayam gergasi ini.

Tonton video dibawah untuk melihat kejadian aneh ayam-ayam yang melintas jalan sekitar Mutiara Damansara ini.

https://www.youtube.com/watch?v=8bRAjmKuP6k&feature=youtu.be