Kakak kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini telah bercerita mengenai adiknya yang memutuskan perhubungan dengan seorang kanak-kanak lelaki bernama Joey. Madi Nickens, 17, menyatakan adiknya telah menghantar beberapa SMS kepada kanak-kanak lelaki tersebut yang didapati telah berlaku curang di belakangnya. Bagi Madi ia bukanlah SMS-SMS biasa yang ditulis oleh kanak-kanak seusia adiknya itu. Ia benar-benar epik!

Adik Madi menghantar SMS untuk mengajak Joey itu berbincang.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Adik Madi memberitahu kepada Joey tentang kecurangan yang diketahuinya itu. Joey meminta maaf dan memberi alasan dia hanya sesaja keluar dengan orang tersebut.

Adik Madi tidak dapat menerima alasan itu. Dia tidak mahu Joey bercakap dengannya di sekolah. Dia juga menyatakan dia sudah tidak mencintai Joey.

Joey pula masih berusaha memujuk dengan mengimbau kembali kenangan mereka bersama. Tetapi nampaknya…

Usaha Joey itu gagal menambat hati adik Madi kembali. Malah, Joey menerima satu tamparan hebat dengan ayat-ayat epik adik Madi. Adik Madi dengan yakin mengumumkan dia menang dan dialah yang memutuskan perhubungan itu kerana menurutnya Joey tidak sepadan dengannya.

Sumber: Twitter Madi Nickens

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka