Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang model dan juga mangsa buli siber Azfar Firdaus atau lebih dikenali dengan nama Azfarovski, berhadapan dengan pembulinya iaitu Shazwan di sebuah rancangan temu bicara Malaysia Hari Ini (MHI) mencetuskan kontroversi.

Terbaru, Shazwan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitternya selepas mendiamkan diri dari insiden berkenaan. Nampaknya keteganga yang berlaku di antara Azfar dan Shazwan kini sudah sampai ke penghujungnya.

Jejaka sado tersebut dilihat membuat sebuah thread di akaun twitternya dengan menzahirkan rasa penyesalan disebabkan perbuatannya dahulu yang telah banyak menyakiti orang lain.

Walapun ada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Azfarovski kerana turut memalukan Shazwan dalam siaran langsung, tetapi dia percaya tindakan Azfar adalah untuk memberi kesedaran kepadanya dan pembuli di luar sana.

Jejaka sado tersebut insaf dan kesal di atas kesilapannya itu dan meminta supaya orang ramai turut tidak melakukan kesilapan yang sama yang pernah dilakukannya dahulu.

Permohonan maaf tersebut turut mendapat respon daripada Azfarovski sendiri. Azfar turut memuat naik sebuah posting mengatakan bahawa dia menerima permohonan maaf tersebut dan berharap mereka berdua dapat belajar daripada kesilapan masing-masing.

https://twitter.com/Azfarovski/status/1189218118801018880?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1189218118801018880&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fmangsa-buli-siber-terima-permohonan-maaf-netizen-diminta-hentikan-kecaman%2F

Azfar juga turut mengajak Shazwan untuk minum kopi bersama dan berhasrat untuk membelanja lelaki tersebut.

Diharapkan netizen tidak lagi mengecam mereka berdua kerana mereka sudah pun berdamai. Insiden ini boleh dijadikan sebagai pengajaran supaya netizen lebih berhati-hati ketika menulis sesuatu di media sosial.

Beberapa hari yang lalu, Azfar berhadapan dengan pembulinya di dalam siaran langsung temu bicara Malaysia Hari Ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lihat Mangsa Buli Siber Ini Dengan Tenang Berdepan Pembulinya Secara ‘Live’ Di Televisyen

Jadi Hero Kepada Mangsa Buli Siber Yang Lain, Netizen Puji Keberanian Azfar Berdepan Pembulinya

Sumber