Aktor Beto Kusyairy semalam berkongsi di akaun Instagram beliau berkenaan keadaan pelakon Azhan Rani yang terlibat dalam satu kemalangan pada Isnin.

Dalam perkongsian itu, beliau menyeru rakan-rakan artis dan wartawan untuk tidak menghubungi Azhan secara peribadi buat sementara. Beto berkata Azhan berada dalam keadaan stabil dan dalam jagaan pakar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pagi tadi, Azhan Rani menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan itu dan masih diizinkan Allah untuk terus bernafas.

Sebelum kemalangan, Azhan dikatakan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal.

Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakon, Beto Kusyairi dan isterinya, Tisha Shahar yang banyak membantunya selepas dia terbabit dalam kemalangan itu.

“Doktor kata tulang ‘scapula’ (belikat) saya pecah tetapi dua insan hebat ini menjadi tulang belakang saya untuk terus berdiri. Dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Ilahi buatku.

“Terima kasih sahabat Beto Kusyairi dan Tisha Shahar serta sahabat-sahabat lain yang tidak henti-henti bertanya khabar. Moga syurga menunggu buat kalian di sana nanti. Terima kasih juga di atas ingatan dan doa-doa semua. Ampun maaf tidak dapat hendak jawab dan membalas semuanya. Insya-Allah, saya akan okay atas izin Allah SWT. Alhamdulillah,” tulisnya pada hantaran di Instagram.

Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang membantunya pada hari kejadian.

“Kepada Muhammad Firdaus dan sesiapa yang membantu pada hari kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari, semoga Allah SWT merahmati kalian. Terima kasih juga kepada dua pemandu lori yang berjaya menghentikan lori dan tidak melanggar saya,” katanya.

“Buat dua adik yang menaiki motor kapcai tengah bersembang tidak memandang depan dan masuk ‘lane’ (lorong) saya secara tiba-tiba, semoga kamu berdua tidak apa-apa. Maaf, saya naikkan suara ketika dalam ambulans hari itu.

“Mohon jangan membawa motor dengan cara membahayakan begitu lagi. Kita sama-sama syukur Allah SWT bagi kita peluang untuk hidup lagi. Maaf juga buat motor awak hancur,” katanya.

Kredit gambar: Azhan Rani/Instagram

Di ruangan komen gambar tersebut, ada seorang pengguna Instagram yang berkata salah seorang pemuda yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah anak buahnya. Dia kini berada di hospital menanti pembedahan untuk tumit dan jari kelingkingnya yang terkoyak dan hancur.

“Harap dapat ajar dia cara-cara bawa motor dengan betul dan tak bahayakan orang,” jawab Azhan tegas membalas komen tersebut. Semoga diberi kesembuhan kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan ini.

Ketika kita patuh dan tidak melanggar undang-undang, berhati-hati kerana ada pengguna jalan lain cuai yang boleh menyebabkan kemalangan.

‘Patuh Lampu Isyarat Pun Jadi Mangsa’- Netizen Simpati Pemandu Myvi Ini Dilanggar Motosikal

Didakwa Langgar Lampu Merah Untuk Kejar Trip, Rider Ini ‘Terbang’ Dilanggar Honda CR-V

Tukar Lorong Secara Tiba-Tiba, Penunggang Motosikal Konvoi Hampir Cetus Kemalangan