Kejayaan demi kejayaan yang dilakar oleh dua atlet negara, Azizulhasni Awang dan Cheong Jun Hoong sepanjang tahun 2017 telahpun melayakkan kedua-duanya dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2017.

Anugerah Sukan Negara yang dilangsungkan semalam adalah sebagai penghargaan kepada para atlet negara yang telah berusaha keras dalam memperoleh kejayaan untuk negara sepanjang tahun 2017.

Atlet pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ telah mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas dalam acara Keirin pada UCI Track Cycling World Championship 2017 di Hong Kong. Menurut atlet yang pernah menyarungkan jersi pelangi, anugerah ini merupakan pembakar semangat beliau untuk terus berusaha dalam Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Asia 2018.

・・・ Alhamdulillah Saya amat terharu dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberikan penghormatan untuk memenangi anugerah tertinggi sukan tanah air ini. Sesungguhnya kemenangan ini akan saya jadikan sumber motivasi untuk berjuang dengan cemerlang di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tidak lama lagi. Kemenangan ini secara tidak langsung menaikkan martabat sukan lumba basikal yang kita semua ketahui sekarang adalah sukan yang menjadi fenomena di Malaysia yang dibanjiri seluruh rakyat dari pelbagai bangsa dan agama samaada untuk bersenam, beriadah mahupun untuk diceburi secara kompetetif. . Tahniah saya ucapkan kepada semua atlit-atlit yang memenangi anugerah pada malam ASN 2017 semalam. Saya berharap penganugerahan ini akan menjadi pendorong buat rakan-rakan atlit yang lain untuk berusaha dengan lebih keras untuk memastikan mereka dapat merasai nikmat apabila dinobatkan sebagai Olahragawan/Olahragawati Negara di masa akan datang Insyaallah. . Sukan membawa kepada perpaduan dan perpaduan adalah sebahagian daripada pembangunan yang mampan (Sustainable growth) dan dalam konteks sosial ini adalah seiring dengan matlamat pembangunan mampan united nation or United Nation Sustainable Development Goal yang di kenali dengan SDG. Rakyat Malaysia tidak harus melihat sukan hanya dari sudut kemenangan sahaja, kita juga harus melihat sukan itu dari sudut yang berbeza sebagai contoh, sukan memberikan impak besar kepada negara dari segi penyatuan bangsa, pembangunan ekonomi, pembangunan sasiah diri dan sukan mengurangkan gejala social dan aktiviti  tidak bermoral. Sukan juga sudah menjadi karier pada zaman ini malah ianya juga turut memberikan ruang dan peluang kepada mereka yang kurang upaya dan golongan istimewa. . Akhir kata , terima kasih kepada isteri dan anak-anak,ibu-bapa dan keluarga, penyokong-penyokong team Azizul, penaja rasmi saya iaitu CIMB dan Airasia , Daikin, Hutan Ration, Rapha, Visit Terengganu, Oakley dan Ogk Kabuto, jurulatih saya John Beasley,360management, KBS, ISN, MSN, MOM dan PKBM . Terima kasih kerana sentiasa menyokong karier saya.

A post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on

Penerjun wanita negara, Cheong Jun Hoong yang telah dinobatkan sebagai olahragawati kebangsaan apabila beliau berjaya memenangi pingat emas dalam acara 10 meter platform individu di Kejohanan Akuatik Dunia yang bertempat di Budapest, Hungary tahun lepas.

Turut menerima anugerah ialah atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara olahraga. Tahniah buat para atlet negara.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤