‘Pocket Rocket Man’ Azizulhasni Awang akan ke Kejohanan Trek Dunia di London minggu hadapan dengan senyuman apabila beliau kini kembali ke ranking No.1 dunia bagi acara keirin.

Azizul yang kini berusia 28 tahun berada di kedudukan pertama selepas ranking dunia UCI untuk acara keirin keluar dengan Azizulhasni mengumpul 508 mata secara keseluruhannya. Ini tidak termasuk mata yang beliau kumpul di Kejohanan Asia baru- baru ini di mana beliau mendapat tempat ke-3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Azizulhasni hanya 4 mata didepan juara dunia Francois Pervis dari Perancis. Kiwi Edward Dawkins, pemenang pingat perak Kejohanan Trek Dunia tahun lepas di tempat ke-3 dengan 494 mata. Ini adalah kali kedua Azizulhasni mendapat ranking No.1 dunia; sebelum ini pada tahun 2010.

“Ia adalah satu penghargaan besar buat diri saya dan juga negara apabila berada di ranking No.1 di tahun Olimpik ini. Ia adalah hasil dari usaha keras saya semasa latihan dan juga pertandingan,”kata Azizul.

Azizul berharap dapat mengekalkan posisi teratas itu sehingga sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Ogos nanti.

“Saya memenangi pingat gangsa di Kejuaraan Dunia di Paris tahun lepas. Ianya akan menjadi satu rangsangan untuk pingat emas di Olimpik sekiranya saya berjaya berada di atas podium di London nanti,” tambah Azizul yang sudah layak untuk acara Keirin di Olimpik Rio nanti.

Tahniah diucapkan buat Azizul dan semoga impian beliau untuk membawa pulang pingat emas di sukan Olimpik Rio tercapai. In Pocket Rocket Man we trust!

Sumber