The Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang telah mendapat tempat ketiga dalam acara Keirin di Olimpik Rio 2016 sebentar tadi. Menjadi satu-satunya pelumba Asia di perlumbaan final, ini adalah satu pencapaian yang baik hebat Azizul.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Ini merupakan pingat pertama Malaysia untuk sukan selain badminton dan terjun. Beliau telah diasak hebat sejak dari acara saringan lagi. Di perlumbaan final, Azizul diasak dan dikepung oleh pelumba-pelumba lain tetapi Azizul memecut di saat-saat akhir dan berjaya mendapat tempat ketiga.

Pingat emas dimenangi pelumba Britain,Jason Kenny dan Matthijs Buchli memenangi pingat perak. Azizulhasni telah melakukan yang terbaik. Tahniah buat Azizulhasni. Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk Azizul mendapat pingat emas di Olimpik akan datang. Go Pocket Rocket Man!

Pocket Rocket

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group