Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

“Saya minta maaf makcik kerana lambat tahu. Saya utamakan jiran yang jauh dari saya tapi saya membiarkan makcik hidup dalam keadaan rumah macam ni,” itu ungkapan yang diucap oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof apabila mengetahui bahawa ada jirannya yang hidup dalam kesusahan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook pagi ini, Azmeer menyatakan bahawa dia merasa serba salah selepas terlepas pandang nasib yang menimpa jirannya, justeru dia berhasrat mahu membina sebuah rumah baharu buat seorang warga emas di kampungnya.

“InsyaAllah pagi ini saya akan cari rumah makcik ini. Dari semalam saya tidur tak lena kerana rasa berdosa. Rumah makcik ini ikut alamat hanya lima minit dari rumah saya. Tapi saya tak tahu jiran saya sendiri yang susah di kala saya tidur di rumah yang selesa,” Katanya dalam hantaran tersebut.

In syaa Allah pagi ini saya akan cari rumah makcik ni. Dari semalam saya tidur tak lena kerana rasa berdosa. Rumah…

Posted by Azmeer Yusof 25 on Sunday, January 31, 2021

Dalam hantaran tersebut, Azmeer juga memberitahu bahawa dia mendapat tahu mengenai perkara ini semalam apabila menerima mesej daripada orang awam. Disebabkan rasa tanggungjawab, dia berhasrat mahu membina sebuah rumah baharu untuk mak cik ini dan turut membuka tabung sumbangan awam.

Bagi anda yang mahu menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun 8604202446 (CIMB Bank) atas nama Pusat Pengajian Azmeer Yusof serta boleh menghubungi 011-5500 5525 melalui aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Azmeer Yusof sebelum ini bermain sebagai pertahanan kiri untuk pasukan Kedah sebelum memilih untuk bersara dan fokus kepada perniagaan serta kerja kebaikan.

Terdahulu, dia sebelum ini menjual ikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan mengingatkan rakan tidak mengharap kepada gaji sahaja. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemain Kedah FA Jual Ikan Ketika PKP, Ingatkan Rakan Tidak Harap ‘Gaji Bola’ Sahaja

Gaji Mewah Tapi Dibebani Hutang, Pemain Kedah FA Kesal Beli Sampai 7 Buah Kereta

Anda Mungkin Suka