Pada awal bulan Februari lalu, VOCKET pernah kongsikan berita terdapat desas-desus ada menyatakan Porsche bakal pilih Kulim sebagai lokasi kilang pemasangan kereta mereka.

Terbaru, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan negara Malaysia bakal menerima pelaburan daripada sebuah syarikat asing untuk pengeluaran kereta mewah tidak lama lagi.

Namun beliau tidak dapat mengumumkan nama syarikat kereta mewah itu walaupun ia telah bersetuju untuk membuka kilang pertamanya di luar negara iaitu Malaysia.

vocket-malaysia-buka-kilang-kereta-mewah-1
Sumber Gambar: Facebook Azmin Ali

“Ini adalah mengenai kejuruteraan tepat, maknanya pembuat kereta antara yang termahal di dunia akan berada di Malaysia,”

“Ada dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mereka mampu menarik pelaburan yang berbentuk intensif buruh tetapi Malaysia tidak boleh berbuat begitu.

“Maka, kita mesti memastikan modal insan kita mempunyai kemahiran teknologi berkualiti tinggi untuk maju ke depan,” katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor.

Nampaknya kita masih perlu menunggu sedikit masa lagi untuk tahu perkembangan kilang kereta mewah baru yang bakal memberikan peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi negara pada masa akan datang. Anda rasa apakah jenama kereta mewah itu?

Ketahui lebih lanjut mengenai ura-ura pembukaan kilang pemasangan kereta Porsche di Kulim dengan klik pautan di bawah.

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Projek Pertama Di Dunia Milik Petronas Ini Bakal Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia

Sumber