Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama-sama dengan 10 ahli parlimen dari blok bebas telah menggelarkan mereka sebagai penyelamat kepada situasi kacau bilau kepimpinan negara.

Dalam satu kenyataan rasmi 11 bekas ahli PKR ini, mereka menyatakan bahawa wujud satu usaha untuk mendesak Tun M agar menetapkan tarikh peralihan kuasa sehingga menggangu agenda pemulihan ekonomi dan reformasi institusi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka juga menambah bahawa tekanan ini hadir ketika mana negara dalam keadaan bersiap sedia untuk Persidangan APEC pada bulan November 2020 nanti kerana disini Malaysia akan dinilai ke mana usaha mereka dalam mengutamakan agenda aspirasi rakyat.

“Ini adalah kerana menukar Perdana Menteri di tengah penggal memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan masyarakat pelabur. Peralihan kuasa ditengah-tengah penggal akan mengugat kesinambungan dasar-dasar dan persepsi rakyat terhadap kerajaan PH,” kata kenyataan tersebut.

Ahad lalu landskap kepimpinan negara sedikit kecoh apabila kelima-lima parti besar di negara ini telah bermesyuarat secara serentak. Antara perkara yang dibincangkan adalah pembentukan kumpulan baharu kerajaan yang diwakili oleh PAS, Umno, PKR [sebahagian], Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak.

Bagi 11 ahli parlimen ini, mereka menyifatkan langkah mereka bermesyuarat semalam telah mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sekaligus menjamin keyakinan rakyat.

“Justeru itu kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.” Kata kenyataan tersebut.

Sejak semalam, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau dalam beberapa jam selepas itu telah dilantik semula oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memegang jawatan Perdana Menteri Interim sebelum individu lain masuk mengambil tempat beliau.

Antara individu yang menyokong Tun M untuk kembali memegang jawatan Perdana Menteri adalah Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP dan Amanah.

Untuk mengetahui lebih lanjut situasi politik di Malaysia, klik pautan di bawah.

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA

Wan Azizah Bakal Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia?

Tiada PM Ke-8 Setakat Ini, Tun Mahathir Dilantik Perdana Menteri Interim