Azran Osman-Rani, CEO AirAsia X berkongsi sedikit kisah di sebalik hidup dan kejayaannya. Sebelum ini beliau adalah Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan untuk Astro All Asia Networks PLC sebelum dilantik ke jawatan sekarang. Lelaki ini memegang Sarjana dalam Sains Pengurusan dan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut adalah Q&A dengan Azran Osman Rani tentang idolanya, nasihat kerjaya dan kenapa beliau tidak percaya kepada matlamat jangka panjang.

Apakah 5 perkara tentang anda yang orang ramai tidak ketahui.

  • Subjek kegemaran di sekolah, dan satu-satunya yang saya beri perhatian, ialah Fizik. Kerana saya ada crush dengan cikgunya.
  • Nama samaran ‘kod’ dalam pasukan Ultimate Frisbee Lelaki Stanford adalah ‘Stesen Kereta Api’ , yang mana merupakan singkatan kepada ‘Stesen Kereta Api Malaysia’, dan bermain di ‘Stallion Itali’.
  • Menjalani terapi hipnosis untuk mengatasi rasa takut terhadap air dalam, berakar umbi dari pengalaman hampir lemas ketika masih muda – sebagai persediaan perlumbaan Ironman triathlon, termasuk acara berenang di lautan sejauh 3.8km.
  • Saya mempunyai kelemahan terhadap makanan ringan, terutamanya ais-krim, dan azam saya (untuk berhenti) rosak, di bawah tekanan. (Saya dikenali dengan ‘pesta’ saya terhadap makanan ringan)
  • Isteri saya lahir 10 hari selepas hari lahir saya, and I swear, dia boleh baca fikiran saya.

Beri kami contoh di mana anda menyelesaikan masalah analitikal yang sukar.

Menggunakan simulasi Monte Carlo (teknik statistik) untuk membuktikan bahawa mempunyai beberapa tempat duduk kelas perniagaan adalah lebih baik untuk penerbangan tambang murah jarak jauh, daripada mempunyai konfigurasi tempat duduk ekonomi untuk keseluruhan kapal terbang.

Pukul berapa anda bangun pagi dan apa benda pertama yang anda lakukan?

5 pagi. Minum air.

Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada diri anda sendiri yang berusia 18 tahun?

  • Kejar cabaran, bukan harta benda atau kelayakan.
  • Melabur (masa dan tenaga) untuk membina sedikit persahabatan yang mendalam dan bukannya membina sejumlah besar kenalan (yang tidak mendalam).
  • Jangan mempunyai matlamat jangka panjang – mereka mengecilkan dan menghadkan pilihan dan perspektif.

Kongsikan dengan kami 3 buku yang paling anda gemari.

  • The Indispensible Calvin and Hobbes, Bill Watterson
  • Asterix and Cleopatra, Goscinny dan Uderzo
  • Manual of The Warrior of Light, Paolo Coelho

Siapakah idola anda dan kenapa?

Tiga anak lelaki saya. Mereka adalah pencapaian terbesar saya dalam hidup dan mereka melambangkan potensi tanpa had, rasa ingin tahu yang kuat, dan cinta tanpa syarat.

Apakah perkara yang terbaik tentang kerja anda, dan apa yang paling teruk?

Terbaik: Membolehkan orang ramai untuk terbang ke destinasi jauh untuk pertama kalinya dalam hidup mereka.
Terburuk: Berurusan dengan orang-orang yang mahu melihat anda gagal.

Bagaimana anda mengendalikan orang yang sukar?

Ia memerlukan pendekatan yang berbeza pada masa dan keadaan yang berbeza. Tidak ada pendekatan yang sama untuk semua masalah.

Bagaimana anda mengangkat diri anda kembali apabila anda berasa kurang motivasi?

Saya berfikir kembali kepada pengalaman Ironman triathlon saya yang pertama, khususnya apa yang berlaku dalam fikiran saya pada jam-jam yang terakhir. Dari ceruk minda yang paling dalam dan gelap, sehinggalah saya berjaya dengan baik – melepasi garisan penamat di bawah sasaran masa 13 jam.

Apakah kegagalan terbesar yang anda hadapi dalam hidup dan apa yang telah anda pelajari daripadanya?

Terpaksa menutup perniagaan dan membuang beratus-ratus pekerja yang baru diambil bekerja, walaupun perniagaan berkembang pesat dengan potensi yang hebat – kerana pertikaian yang tidak dapat diselesaikan di kalangan pemegang saham .

Sumber: Business Insider

Like page The Vocket di Facebook