Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Mohd Azrell kerana sudi menulis dapatan ilmu ini ketika menghadiri The Founder 2.0, dan berkongsinya dengan Vocket. Semoga anda mendapat banyak tip bisnes daripada perkongsian ini.

Apakah Rahsia Kejayaan Bella Ammara Ditubuhkan Dan Beroperasi Tanpa Pinjaman Bank?

Nampaknya, ramai yang berminat untuk mengetahui apakah rahsia kejayaan Bella Ammara pada hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan izin Allah, saya Mohd Azrell, peserta The Founder 2.0 akan kongsikan segala perkongsian CEO, COO dan Team Bella Ammara yang telah dikongsikan bersama saya pada 10 Januari 2016 di PWTC.

Mohon kongsikan ilmu ini dengan menekan button ‘SHARE’ jika anda rasa ilmu ini memberi manfaat kepada anda agar lebih ramai lagi mendapat manfaat bersama daripada ilmu-ilmu ini.

Jangan takut jika orang lain dapat ilmu yang sama, jika anda takut maknanya masa yang anda akan luangkan untuk membaca perkongsian saya adalah sia-sia.

Pertamanya, saya ceritakan dahulu sejarah penubuhan Bella Ammara secara ringkas oleh Pengasas Bella Ammara, Khalif Samsudin dan isteri beliau Belle Yahya.

Bella Ammara ditubuhkan pada 26 Julai 2012 dan menjalankan perniagaan secara online dengan bermodalkan RM 1000 dengan menjual 9 pasang telekung.

Setahun kemudian pada 1 Julai 2013, butik pertama Bella Ammara dibuka di Setapak. Butik kedua dibuka di Shah Alam pada 29 Ogos 2014, diikuti butik ketiga di Bangi pada 28 Mac 2015.

Butik keempat pula di Sungai Petani pada 30 Mei 2015 dan yang kelima di Johor Bahru pada 28 Ogos 2015. Dan butik keenam dan terbaru mereka adalah di Kuantan dilancarkan pada 25 Disember 2015.

Antara pencapaian utama Bella Ammara hingga hari ini adalah telekung BellaLofa, abaya BellaLiyana, Daisy Dwi Tone Jubah, B’Belle Luxe Instant Shawl dan Haute Bella No.1.

Rahsia utama kekuatan Bella Ammara sehingga berkembang pada hari ini adalah disebabkan 3 perkara utama ini:

1. Put Allah No. 1 – Allah adalah Pemberi Rezeki utama dalam kehidupan. Mustahil kita akan rugi jika kita buat apa yang Allah perintahkan.

2. The Power of Giving – Ingat, kalau nak dapat sesuatu kena memberi dahulu! Bukan dah dapat baru nak memberi. Perkara ini turut digalakkan oleh multi-millionaire dunia, Robert Kiyosaki yang telah menjadi rahsia kekayaan pelaburan hartanah beliau.

3. Sharing is Caring – Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jangan takut nak kongsikan! Kalau Allah boleh kongsikan ilmu DIA dengan kita, kenapa kita nak takut kongsikan ilmu tu pada orang lain? Ingat, Allah juga boleh kongsikan ilmu yang sama tetapi lebih baik kepada orang lain. Berbalik point nombor 1, PUT ALLAH NUMBER 1.

Jika anda terutama yang beragama Islam masih belum melakukan perkara di atas, mungkin point-point yang akan saya tulis dibawah agak mustahil untuk memberikan anda kejayaan yang berpanjangan yang diimpikan.

Jom kita korek apa pula rahsia pengurusan Bella Ammara!

1. Strategic Planning

Strategic planning adalah lebih kepada organisasi manakala Business Planning adalah tools untuk mencapai Strategic Planning tersebut.

Business Plan pula biasanya merangkumi Financial Plan, Operational Plan, Marketing Plan, Organization Plan dan Production Plan.

Business Plan sangat-sangat berkait rapat dengan Strategic Plan, tanpa strong connection di antara kedua-duanya, perniagaan susah untuk berjaya.

Pemilik bisnes haruslah mensasarkan DI MANA dan APA yang nak dicapai.

1.1 Visi

Pada tahap ini, pemilik bisnes harus meletakkan visi dan jangka masa untuk mencapai visi-visi tersebut. Visi merangkumi BAGAIMANA, APA, BILA, MENGAPA nak capai, SIAPA yang bertanggungjawab dan DI MANA hala tuju perniagaan.

1.2 Time Frame

Seperti Bella Ammara sendiri, mereka ada visi masa pendek dan panjang:

  • Short Term VisionUtilized Resources (1-2 Minggu)
  • Medium Term VisionNo. 1 in Malaysia (5-8 Years)
  • Long Term VisionNo. 1 in the World (> 15 Years)

1.3 SWOT Analysis

Gunakan kelebihan dan kelemahan anda untuk mengambil peluang dan menghadapi cabaran. Jangan takut kalau orang tiru produk anda, itu maknanya produk anda bagus dan tengah trending. Anda perlu takut bila dah tak ada orang nak ambil tahu pasal produk anda!

2. Financial Management

Perkara paling penting di bawah Financial Management ialah Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai.

2.1 Penyata Pendapatan

Ringkasan pendapatan dan perbelanjaan (menentukan sama ada untung atau rugi.)

2.2 Kunci Kira-Kira

Bilangan aset, hutang dan modal. Antara yang dititik beratkan ialah aset bukan semasa, aset semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa dan ekuiti pemilik.

2.3 Penyata Aliran Tunai

Kemana semua duit pergi? Adakah untuk kembangkan perniagaan atau lebih banyak untuk hiburan?

Cash In: Jualan, hutang, jualan aset, caruman pemilik.

Cash Out: Kos jualan, gaji, sewa, bil.

2.4 Untuk memulakan perniagaan, entiti paling asas yang perlu ada ialah BOOKKEEPER dan ACCOUNTANT.

Bookkeeper akan merekod segala transaksi kewangan jual beli, pembayaran dan segala resit. Manakala akauntan akan mengeluarkan penyata kewangan, penyata cukai pendapatan, perancangan cukai, kos dan belanjawan.

Apakah yang perlu dilakukan?

a) Harian – Semak kedudukan tunai

b) Mingguan – Rekod transaksi, dokumen dan failkan segala resit, kaji bil yang belum dibayar dari pembekal dan bayar pembekal, menyediakan dan menghantar invois, kaji aliran tunai dsb.

c) Bulanan – Memeriksa akaun peribadi, periksa hutang lapuk, kaji status inventori, proses pembayaran gaji dan cukai, kaji penyata kewangan sebenar sejajar dengan belanjawan.

d) Suku Tahunan – Menyedia dan menyemak penyata pendapatan, menyemak dan membuat pembayaran gaji dan cukai.

e) Tahunan – Menyemak hutang lampau, menyemak inventori dan menyemak dan meluluskan penyata kewangan tahunan.

3. Organisasi

Bella Ammara terdiri daripada CEO (Khalif Samsudin), COO (Belle Yahya), General Manager, Jabatan Kewangan, Jabatan Pemasaran, Jabatan Jualan untuk setiap cawangan, Jabatan Warehouse, Jabatan Pengeluaran dan Jabatan Sumber Manusia.

4. PRODUCT MARKETING

a) Content Marketing – Kenapa buat produk, ceritakan tentang objektif untuk cipta brand awareness.

b) Video Marketing – Video adalah terbukti 4 kali lebih efisyen daripada gambar!

c) Influencer

d) Interactive Stories/ Story Telling

e) Good Loyal Strategy – Birthday Treat

Kepentingan Laman Web

a) Jenama atau Branding

b) Search Engine Optimization/ Search Engine Marketing

c) Pemasaran Email

d) Pemasaran Konten

e) Pemasaran Sosial Media

f) Analytical & Reporting

Media sosial sangat powerful, kalau boleh JV dengan artis boleh tingkatkan jualan anda untuk menaikkan keyakinan orang terhadap produk anda dan kalau perniagaan dah stabil bolehlah gunakan radio pula.

Product Marketing ini amat terperinci dan memerlukan masa yang panjang dan orang yang berpengalaman. Kalau ada laman web, lagi senang orang nak lihat apa sebenarnya bisnes yang anda buat dan naikkan keyakinan pembeli yang anda ini bukan scammer.

5. PRODUCTION STRATEGY

Design > Sample > Tailor (Mass Production) > Quality Check > Packaging > Warehouse

1. Design

Proses design makan masa yang agak lama lagi-lagi kalau anda nak keluarkan produk yang ekslusif. Seperti Bella Ammara, Belle Al Yahya dan team beliau sendiri yang design setiap keluaran jubah. Tetapkan target market anda, trend fesyen terkini, be different dan harga yang berpatutan sesuai dengan penat lelah anda.

2. Sample

Bila dah ada design, buat sample dulu sebelum mass production. Dalam gambar tak sama dengan realiti! Sample ini juga akan memudahkan tailor anda bila mass production nanti. Tak lah mereka silap jahit, tertukar warna dsb.

3. Tailor

Untuk setiap pengeluaran design tertentu, sila rajinkan diri anda untuk ulang-alik sekerap mungkin agar tailor anda tak buat silap. Contohnya, hari ini tailor nak jahit baju merah dengan lace hitam, sila pastikan tailor tersebut tak tersilap jahit baju hitam dengan lace merah! Dan pastikan anda ada beberapa tailor untuk jahit tempahan-tempahan anda dan sebagai persiapan waktu kecemasan.

4. Quality Check

Wajib buat quality check sebab dalam beribu-ribu produk yang telah siap dijahit mesti akan ada yang rosak. Pelanggan pun kena faham bila terbeli produk yang rosak, bukan salah penjual sebab kadang-kadang mata mereka juling juga nak buat quality check beribu-ribu pengeluaran dalam satu-satu masa.

5. Packaging & Warehouse

Produk yang siap dibungkus dan dihantar ke warehouse adalah tanggungjawab warehouse manager selepas itu. Dalam warehouse kena key in barcode, semak inventori sama ada tally ke tak stok yang masuk dalam warehouse, agihkan stok kepada cawangan-cawangan dan sebagainya.


Secara kasarnya, itu adalah antara strategi-strategi Bella Ammara yang telah membawa mereka ke tahap prestige seperti yang anda dapat lihat hari ini. Mereka amat menitik beratkan hubungan baik dengan Allah, tak lokek berkongsi ilmu perniagaan serta menjaga staf mereka seperti adik beradik.

Sekarang saya kongsikan pula tips tambahan dari Khalif Samsudin:

  • Khalif berani mencuba dan anggap setiap masalah itu adalah bagus. Dia sentiasa bersyukur bila ada masalah dan agak risau jika tiada masalah, kerana dengan masalah maksudnya Allah nak majukan lagi perniagaan beliau. Beliau suka menjadi Nombor 1.

  • Orang berjaya bangun awal pagi, dia ada masa yang orang lain tiada.

  • Selalulah berebut untuk belanja orang makan. Dia rajin belanja staff makan, sebab itu staff pun sayang dan setia.

  • Solat Dhuha dan Hajat jangan tinggal, PUT ALLAH NO. 1.

  • Dia tidak membuat pinjaman bank langsung sejak penubuhan Bella Ammara, tak menggunakan transaksi kad kredit mahupun kad debit dalam transaksi jual beli kerana takutkan riba'! Dia juga turut berdoa kepada Allah agar satu hari nanti dia dapat hapuskan online purchasing Bella Ammara. Dia nak wujudkan transaksi berasaskan dinar emas dan perak.

  • Bila anda rajin infaqkan harta ke jalan Allah, Allah akan gandakan rezeki kerana Allah yakin kamu akan gunakan harta diberi ke jalan yang benar. Allah akan jadikan kamu sebagai orang tengah untuk mengagihkan rezeki tersebut kepada yang memerlukan.

  • Kalau ada duit sila kerjakan Umrah, insyaAllah bila balik Allah majukan lagi bisnes anda. Ya Allah bersyukur jadi orang Islam, banyak privilege dapat, (ini saya tambah sendiri).

  • Kepada yang masih bekerja, jangan tunggu-tunggu lagi untuk ada perniagaan sendiri! Go for it! Khalif sendiri memujuk ibunya untuk berhenti kerja dan akhirnya ibu beliau dah ada kilang jahit sendiri.

  • Selagi kita mampu elak riba' dalam perniagaan, tolong elakkan. Akhir zaman kalau tak terlibat dengan riba' secara langsung pasti akan kena debu-debu riba.

Jujur saya katakan, Khalif dan Belle sangat mesra dan tak lokek kongsikan ilmu mereka. Kalau anda tanya apapun, mereka langsung tak lari dari menjawab, yang bestnya dahlah jawab soalan secara terperinci, siap bagi lagi extra tips!

Sebenarnya banyak lagi perkongsian selama 13 jam tersebut, tapi saya tak dapat nak recall lagi buat masa ni sebab terlampau banyak!

InsyaAllah, produk saya pula akan muncul tak lama lagi kesan perbincangan dengan Khalif, Belle dan Tim Bella Ammara! Sekian perkongsian saya setakat ini, harap dimaafkan jika ada kata-kata yang mengguris anda.

Saya sekali lagi mohon kongsikan ilmu ini dengan menekan button ‘SHARE’ jika anda rasa ilmu ini memberi manfaat kepada anda agar lebih ramai lagi mendapat manfaat bersama daripada ilmu-ilmu ini.

Jangan takut jika orang lain dapat ilmu yang sama, jika anda takut maknanya masa yang anda luangkan untuk membaca perkongsian saya adalah sia-sia.

BACA: Bagaimana Lelaki Ini Membina Perniagaan Daripada 9 Telekung Hingga Ke-5 Cawangan Butik

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber