Hanya beberapa hari filem sahaja lagi filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness ditayangkan di pawagam, beberapa negara Timur Tengah antaranya Mesir dan Arab Saudi telah membuat keputusan untuk mengharamkan filem tersebut kerana satu babak yang berunsur LGBT.

Dr. Strange in the Multiverse bakal memperkenalkan watak America Chavez, simbol LGBT di dalam filem ini yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyelia klasifikasi filem di Arab Saudi, Nawaf Alsabhan pula mendedahkan yang pihak klasifikasi filem negara tersebut hanya menghadapi masalah dengan 12 saat filem berkenaan yang merujuk kepada LGBT. Dalam babak 12 saat itu dikatakan terkandung dialog yang memaparkan America Chavez bercakap tentang dua orang ibunya yang mana merupakan pasangan lesbian.

“Ia hanya satu adegan beliau bercakap dengan ibu, kedua ibunya. Berada di Timur Tengah, ia satu yang sukar untuk luluskan perkara seperti ini,” ulas Nawaf.

Mereka meminta Disney untuk memotong babak 12 saat tersebut tetapi Disney berdegil supaya babak itu dikekalkan dalam tayangan.

Pihak Imax Egypt pula telah mengumumkan perkara tersebut sejak 23 April lalu dan membuatkan peminat setia Marvel di negara itu kecewa dan ada yang merayu agar ia tidak diharamkan kerana satu ‘babak yang kecil’.

Sebelum ini, filem The Eternals turut menerima nasib yang serupa di beberapa negara Timur Tengah dengan sebab yang sama; mempunyai watak yang memperjuangkan agenda LGBT. Doctor Strange in the Multiverse of Madness kekal ditayangkan di Malaysia seawal 3 Mei depan.

Sebelum ini, video muzik Bunkface pernah dibuang daripada YouTube kerana liriknya yang menentang LGBT. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lagu Akhir Zaman Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT

Wanita AS Dihalau Oleh Kerajaan Indonesia Kerana Sebar ‘Ajaran’ LGBT Di Bali

Google Alih Keluar Aplikasi JAKIM Yang Didakwa ‘Mampu Sembuhkan’ Golongan LGBT

Sumber