Sekarang kita akan faham kenapa setiap episod Game Of Thrones (GOT) melibatkan kos jutaan dolar. Dan untuk musim ke-8 GOT, mereka sangat mementingkan kepuasan penonton untuk setiap episod siri ini.

Jonathan Quinlan adalah salah seorang penolong pengarah untuk musim ke-8 GoT dan menurut satu gambar yang tertiris, beliau mengucapkan tahniah kepada semua krew produksi dan pelakon yang bertungkus-lumus selama 55 hari tanpa henti untuk menyiapkan rakaman ‘pertarungan’ untuk siri ke-8 ini.

got 55

Penggambaran ini berlangsung di 3 lokasi dan pihak produksi GOT menyatakan ianya sesuatu yang peminat setia mereka akan teruja dan tidak ada dalam siri yang sebelumnya. Aksi pertarungan pula akan lebih banyak untuk siri ke-8 ini.

Bertabahlah kerana musim ke-8 GOT cuma akan ditayangkan pada tahun 2019. Sementara menunggu, anda mungkin bleh buat marathon untuk menonton kembali siri GOT dari musim pertama sehingga ketujuh.