Saya yakin ramai antara kita yang sama-sama menonton ucapan YAB Perdana Menteri kita di United Nations General Assembly, New York awal pagi semalam, waktu Malaysia.

Saya tuliskan sedikit catatan yang saya dapat dari ucapan beliau yang kini tular di banyaknya negara kerana konsistensi Tun Dr. Mahathir mohamad bercakap tentang hak, polisi serta hal-hal kemanusiaan.

1. Teguran Kepada Kuasa Veto.

Tun memberitahu hanya ada 5 kuasa besar dunia yang menuntut sebagai pemenang did alam Perang Dunia ke-2. Mereka ini ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Jerman. Teguran Tun berkisar kepada “rights practically to rule the world”. Yang memberi maksud mesti memberi hak bagus, adil secara tersusun untuk membina kembali dunia dalam kuasa veto yang mereka ada.

Ia termasuk melawan keganasan, melawan tiang-tiang yang tidak menyokong hak sesama manusia untuk mencapai apa sahaja kemenangan.

Keganasan termasuk di mana-mana tempat, negara, kawasan serta apa pun ruang, tetap perlu dibantah dan diselesaikan segera walaupun terpaksa dicampuri urusan negara tersebut kerana apa sahaja peperangan, akan memusnahkan hak manusia untuk terus hidup dengan aman damai.

2. Israel Adalah Pengeluar Terbesar Pengganas.

Sekitar awal 1900, Israel sudah mulai memasang tapak di Tanah Palestin. Dan ini menyebabkan lebih 90% rakyat arab Palestin hidup dalam buangan di negara sendiri. Lebih dari itu, hampir semua negara jiran tidak membantu malah menyokong tindakan tersebut sebagai langkah menjaga hubungan Israel kepada dunia sedangkan keganasan dan kehancuran pemilikan tanah dan tempat adalah sangat kejam dan dasyat.

Keganasan ini terus berlaku hingga ke hari ini tanpa mendapat liputan atau bantuan dari sesiapa. Malah Malaysia sehingga ke hari ini tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan terus berikrar untuk melawan keganasan tersebut hingga bila-bila.

Ini termasuk yang berlaku di Myanmar yang mana masyarakat Rohingya juga diperlakukan dengan sadis, kejam dan tidak peri kemanusiaan, ia seolah sebuah perancangan dasyat membakar rumah, merosakkan segala kemudahan, merogol, kemudian membunuh mereka yang tidak langsung bersalah kepada sesiapa sahaja.

Tun meneruskan ucapan dengan menyebut konflik Jammu dan Kashmir yang masih belum diselesaikan dengan cara paling aman. Sehingga hari ini dikatakan kawasan tersebut masih dikepung dan dikuasai oleh tentera dan polis namun ianya masih belum mendapat kata sepakat tentang hubungan India dan Pakistan.

Suka sekali saya apabila Tun menyebut ayat yang mana begini bunyinya, “Kita semua dalam negara apapun mahu suasana yang aman, menaikkan ekonomi yang baik, namun kita tidak menyuruh dan membantu kepada keamanan dan semua hal itu termasuk ekonomi dan kebaikan negara tidak akan tercapai.”

3. Ekonomi Negara dan Kemanusiaan.

Tun terus menerus membuka lembaran perbahasan dengan menyebut dunia ekonomi hari ini berpegang kepada kehebatan kuasa-kuasa yang disebutkan. Dan ia menyebabkan negara yang mundur tidak mendapat peluang untuk membina negara mereka sendiri.

Tun dengan gahnya mengatakan, banyak negara besar dengan sengaja menolak kertas kerja atau cadangan negara kecil yang mahukan perubahan hanya kerana mereka masih belum mampu atau mahu mengambil peluang dengan menindas mereka.

Jadi dengan ini, Tun melancarkan kempen untuk “criminalise war”. Yang mana ia tidak boleh dibuat sesuka hati kepada sesiapapun yang mencetuskan peperangan. Ia akan memusnahkan negara, menghancurkan ekonomi dan kemudiannya berakar kepada masyarakat dan penduduk yang berhadapan dengan kebuluran, sakit serta banyaknya kesusahan.

Masih ada banyak benda yang boleh dibuat untuk membina negara selain dari berperang. Dan itulah yang UN perlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah ini dengan menggunakan undang-undang yang keras.

4. Perubahan Iklim dan Bencana Alam.

Tun menyebut sendiri yang Malaysia hari ini lebih panas berbanding sebelum ini. Bagi orang yang pernah hidup pada zaman perang, kemudiannya merasa udara yang berbeza walau di tempat yang sama, maka ianya satu poin besar untuk diperdengarkan kepada dunia.

Tentang taufan serta banyaknya bencana yang berlaku, Tun dengan tegas menyatakan kita semua perlu bersedia dengan apa yang kita telah lakukan dengan dunia yang semakin tua ini. Ianya sudah berada dalam orbit sejak sekian lama, beratus juta tahun, dan dengan ini, dari sibuk nak berperang, ada baiknya kita semua bersedia apa sahaja yang dihantar oleh Tuhan kepada kita semua.

Ayat Tun, “every disaster is a world disaster” mengingatkan saya peristiwa Tsunami di Aceh pada tahun 2004 yang membawa kepada lebih 200,000 kematian dan kemudiannya menjadikan Aceh pusat seluruh dunia berkumpul menolong dan membantu serba serbi.

5. Penutup.

Tun menutup ucapan panjangnya itu dengan banyaknya memberi cadangan seperti membantu negara miskin dari terus berperang, menyediakan bantuan perubatan serta memperbanyakkan bantuan kepada ekonomi supaya peperangan tidak terjadi.

Tun dengan gahnya menegur banyak negara yang kaya raya adalah negara yang memalukan jika tidak membantu negara yang miskin.

UN juga wajib menjalankan tugas dengan cemerlang tanpa gangguan mana-mana negara, dengan membina ekonomi melalui latihan dan teknologi. Adalah sangat wajar, sebagai kuasa veto (UN) juga perlu menggunakan undang-undang bagi menyelesaikan banyak negara yang sedang dalam kesusahan berbanding melihat sahaja peperangan tanpa sebarang penyelesaian.

Selesai sahaja ucapan Tun, saya ulang tonton dan masih merasakan Tun adalah Perdana Menteri yang sama semasa beliau menduduki kerusi itu sekitar 20 tahun lalu.

Ketegasan dan konsistennya Tun bercakap tentang hak Palestin serta hal lain yang sama terutamanya kemanusiaan, negara yang miskin, keupayaan manusia yang belajar (dunia pendidikan) dan teknologi, adalah sebuah penghargaan besar buat kita, Malaysia.

Gelaran Bapa Permodenan yang beliau sandang itu membawa kepada kembalinya rasa hormat dari negara luar kepada negara kita.

Dari malam tadi, hingga ke hari ini, ucapan Tun kini menjadi bualan dan saya yakin akan menjadi banyaknya case study serta rujukan kepada banyaknya negara untuk membangun dan membina negara mereka sendiri bersama dengan hak-hak yang wajar mereka ada.

Tahniah Malaysia, suara kita berdiri lagi di persada dunia dengan ketegasan dan membawa hak semua manusia di dunia bersama. Alhamdulillah.

Untuk video penuh apa yang berlaku, boleh tonton di bawah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Wembley, London.

Penglibatan Tun dalam politik dunia sangat hebat jika kita lihat secara terus. Anda boleh baca beberapa artikel lain berkenaan Tun di bawah:

Tun Mahathir Tersenarai Antara Pemimpin Terhebat Dunia Pilihan Fortune

Tun Mahathir Tersenarai 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia Oleh TIME

Tun Mahathir Menjadi Pemimpin Asia Pertama Dijemput Memberikan Ucapan Di Oxford Union