Nama Siti Kasim cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelantangan beliau menyuarakan pendapat. Setiap kali isu yang dibangkitkan berjaya menarik perhatian netizen.

Terbaharu, Siti Kasim telah mempersoalkan istilah ‘takwim’ yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di laman sesawang mereka. Dapat dilihat beliau tidak setuju dengan penggunaan perkataan ‘takwim’ yang baginya bukannya berasal daripada Bahasa Melayu dan kenapa tidak menggunakan perkataan ‘jadual’.

Malah, beliau juga mengatakan bahawa terdapat double standards dan hipokrit dalam kalangan kerajaan kerana terlalu taksub dengan agama sehingga menggunakan perkataan takwim.

Oleh yang demikian, perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mendakwa beliau patut kaji dahulu sebelum membuat perkongsian. Apa yang menarik perhatian adalah jawapan ringkas oleh seorang doktor berkaitan dengan isu ini.

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan telah menerangkan secara ringkas perbezaan jadual dan takwim. Menurut beliau, jadual adalah schedule, chart, manakala takwim adalah calendar dan almanac. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua perkataan tersebut berasal dari Bahasa Arab dan ada dalam Kamus Dewan.

Apa pandangan anda mengenai isu yang dibangkitkan? Di bawah kami kongsikan artikel berkaitan dengan isu pendidikan di Malaysia.

‘Tweet’ Maya Karin Tentang Pelajar Tidak Boleh Berbahasa Inggeris Cetus Perbalahan Antara Netizen

Penulis Khat Profesional Malaysia Tempa Nama Dalam Pertandingan Peringkat Antarabangsa