Berhijrah ke negara orang merupakan satu titik permulaan untuk kita meluaskan pengalaman dan mungkin mempengaruhi cara kita berfikir. Dzulhasymi Hakim Harme berusia 38 tahun yang memilih untuk berhijrah ke Jepun meluahkan rasa perbezaan ketika beliau berada di Jepun dan Malaysia.

Sedia maklum, baru-baru ini Jepun baru sahaja di landai Taufan Trami, malah di Palu, Sulawesi, Indonesia berlakunya gempa bumi dan tsunami membuatkan diri Dzulhasymi Hakim Harme menulis nukilan di Facebooknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi beliau yang membuat keputusan untuk mengikut isterinya berhijrah ke Jepun merupakan satu keputusan yang mengubah cara beliau melihat dunia. Berikut merupakan perkongsian beliau mengapa bencana hati lebih menakutkan daripada bencana alam.

gettyimages-977345584
Kesan gempa bumi di Jepun. Sumber: tribfox

Kadang-kadang saya teringat orang bertanya kepada saya, “Betul ke pilihan ini untuk berpindah ke Jepun?”. Banyak gempa bumi, ribut taufan disebabkan kedudukannya yang strategik bencana alam.

Suatu ketika dulu sewaktu saya di Jakarta Indonesia, terjadi satu gempa bumi. Semua orang diberi amaran keluar dari bangunan. Waktu tu saya cukup risau. Kerisauan saya, saya kongsikan dengan sahabat saya dari Jakarta, Rian (bekas guitarist Straight Answer) melalui phone text.

Rian berhenti bermain muzik dan fokus kepada agama. Pun begitu beliau tidak merendah-rendahkan sahabat-sahabatnya yang lain yang tidak mengikut caranya. Disebabkan orang indonesia sudah biasa dengan bencana alam yang menimpa, text-text dari Rian kepada saya cukup chill dan rileks membuatkan kerisauan saya berkurangan.

Seperti di Indonesia, masyarakat Jepun juga begitu. Teknologi ramalan mereka yang 99% tepat membuatkan orang-orang Jepun dapat merancang perjalanan mereka seperti biasa.

Walaupun begitu, bencana alam yang berlaku memanglah sesuatu yang menyedihkan. Sebab tu bagi aku, apa yang saya nampak orang Jepun tak ada masa nak layan benda-benda remeh yang lain. Perkara seperti iri hati, hasad dengki, polis moral, malaikat wannabe dan bermacam-macam lagi penyakit hati yang penuh dekat Malaysia tu susah nak nampak di Jepun.

Bencana alam ni suatu masalah bagi mereka buat apa lagi mereka nak menambah masalah dengan perkara tak bermanfaat macam tu. Walaupun orang Jepun ni bukan orang melayu – yang begitu confirm mereka akan masuk syurga, tetapi masyarakat Jepun fokus kepada satu perkara iaitu berbuat baik adalah tanggungjawab.

110315-N-2653B-148
Sumber: Wikimedia

Satu benda yang saya sematkan dalam hati sehingga ke hari ini, kata-kata dari Rian semasa saya di Jakarta, “Jika tuhan itu mengkehendakkan kita binasa di dalam bencana, gi mana lagi mahu kita menghalangnya. Berserah aja dan memuji kepadanya. Insyaalloh sejahtera.”

Jom lah kita berbuat baik sesama kita. Kita tidak perlukan orang seperti PU Amin atau penunggang agama yang hanya tahu hendak menyalahkan orang lain dalam setiap perkara. Berbuat baik lah. Sebarkan kecintaan bukan kebencian.

Sebenarnya ada ramai manusia yang baik-baik di dalam dunia ini. Tetapi kadang-kadang kita hairan mana pergi orang ini. Kita tak nampak pun? Sebenarnya kita lah orang yang baik-baik itu. Kita nampak anjing terjatuh dalam longkang. Kita risau dan kesian dan ternantikan orang baik untuk selamatkan anjing itu. Sebenarnya kita lah orang baik-baik yang ditakdirkan untuk menyelamatkan anjing itu.

Kita lah orang yang baik-baik itu. Bencana paling menakutkan adalah bencana hati yang gelap. Jadi, apa pendapat anda menerusi perkongsian tersebut?

P.S: bencana paling menakutkan – bencana hati gelap.