Tular di media sosial sejak semalam berkenaan seorang graduan yang mencetuskan provokasi ketika istiadat konvokesyen di Universiti Malaya sedang berlangsung.

Universiti Malaya sebentar tadi mengeluarkan kenyatan rasmi berhubung insiden tersebut. Universiti Malaya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat serta mengganggu protokol serta kelancarannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Insiden tersebut juga sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Universiti Malaysia sebagai sebuah instituisi pengajian tinggi.

Menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk melahirkan graduan yang berilmu, berakhlak, menghormati prinsip ‘kesopanan dan kesusilaan’ dan arif akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat dan warga sebuah Negara berpelembagaan.

Justeru itu, Universiti Malaya telah membuat satu laporan polis berhubung insiden tersebut dan menyerah kuasa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap individu tersebut.

Universiti Malaya melihat tindakan tersebut sebagai satu yang biadap dan tidak dapat diterima sama sekali. Anda boleh baca lagi tentang insiden ini pada artikel di bawah.

Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen

200,000 Graduan Di Malaysia Tidak Mempunyai Pekerjaan Ketika Ini