Selepas YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat perutusan khas petang semalam, rakyat pastinya nampak beberapa perkara dengan jelas:

1. YAB Perdana Menteri mahu kerajaan yang mementingkan rakyat, bukan lagi jawatan yang dikejar-kejar. Ianya berkisar tentang memulihkan negara yang ada masalah ekonomi, struktur bantuan kepada rakyat dan pembangunan eko-sosial.

2. Yang memberi sokongan hanya menampakkan dua nama sahaja, pertama kepada YAB Tun, ke-dua ialah kepada DS Anwar Ibrahim.

3. YAB Tun jelas tidak mahu memberi sokongan kepada UMNO kerana masih ada ahli utama parti itu terlibat dalam kes mahkamah. Oleh itu YAB Tun menjadi selektif memilih orang berbanding keseluruhan parti. Perletakan jawatan YAB Tun selari dengan syarat ini kerana memikirkan rakyat.

Memilih orang (atau disebut Ahli Parlimen) tertentu adalah sangat bermatlamat kerana mereka pernah bekerja dalam kerajaan dan tahu selok belok memerintah dengan baik. Ia tertakluk kepada mereka yang bagus, berintegriti dan bersahsiah tinggi.

4. Mahkamah tidak boleh diambil alih, tidak boleh disusun dan tidak boleh diganggu prosesnya. Jadi YAB Tun bersama rakyat dalam hal ini. Beliau mahu menguruskan negara dengan saksama.

Proses itu mesti dilakukan tanpa ada kuasa lain yang boleh menghapusnya dengan mudah.

Maka mana yang terlibat dalam kes mahkamah sekarang (kesnya masih berjalan) perlu mengundurkan diri dan memberi peluang kepada wajah baru. Ia perlu untuk membangunkan negara. Kepentingan terhadap negara adalah lebih penting dari segalanya.

5. YAB Tun sedar dan akur, untuk menuju ke PRU, Ia mesti dibuat dengan kos yang besar termasuk segala persiapan yang rapi. Kos untuk Pilihanraya Umum (PRU) ialah RM500 juta. Buat masa ini boleh jadi ia tidak diperlukan.

PRU boleh jadi tidak akan memberi UMNO – PAS kuasa kerana ia boleh membuat vote-swing, ini berpunca dari parti melayu berpecah kepada 3 entiti sekarang. Perpecahan ini menakutkan kerana ianya boleh mengganggu undi.

PRU boleh diadakan selepas 3 tahun usaha memulihkan negara. YAB Tun berusaha melakukannya sekitar 1 tahun 8 bulan namun kita lihat sendiri betapa banyak yang diganggu dan beliau sendiri tidak dapat menjalankan tugas itu sebaiknya.

Jadi, secara peribadi, saya suka YAB Tun meneruskan langkah ini dengan mengambil ahli lain dalam kabinet untuk membawa perjuangan memulihkan ekonomi ini dengan berkesan.

Selepas itu, kita PRU.

6. YAB Tun jelas menyokong perjuangan melayu. Selepas Kes almarhum Adib, penghinaan kepada Baginda Nabi (selawat) dan beberapa kes lain yang menyentuh kewibaan dan keistimewaan orang Islam dan melayu, Tun akhirnya bersetuju untuk menerima blok melayu yang lain seperti UMNO dan PAS. Namun dengan syarat ianya tidak termasuk mereka yang masih mempunyai kes di mahkamah.

Tun mahu integriti itu dipulangkan seperti mana UMNO dan PAS sentiasa menyebut tentang itu.

7. Cula dan undian di mana-mana platform di internet termasuk akhbar online menunjukkan sokongan kepada YAB Tun masih kuat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, manakala calon ke-2 ialah DS Anwar Ibrahim diikuti oleh beberapa nama lain seperti TG Haji Hadi, YM Tengku Razali, TS Muhyiddin.

8. Perutusan khas semalam menunjukkan YAB Tun tidak lagi mahukan kuasa, namun mahu semua Ahli Parlimen berbuat kerja tanpa parti dan fokus memulihkan negara.

9. Kesemua 222 Ahli Parlimen mesti sepakat untuk meletakkan keikhlasan berbakti kepada rakyat dan negara bukan lagi mengejar jawatan untuk memegang mana-mana tampuk yang lain dengan fikiran mementingkan diri dan parti.

Hanya PKR (disebut PH) sahaja mencalonkan nama PM ke-8, manakala Parti lain tidak.

10. Mesej semalam jelas yang YAB Tun masih mahu menerajui negara dengan syarat beliau diberi masa sedikit sahaja lagi untuk memulihkan ekonomi, mengembalikan kuasa melayu dan semestinya mahu memberi hak itu semula kepada perjuangan melayu.

Parti yang memberi sokongan penuh kepada perjuangan Islam dan melayu ialah:

UMNO.
PAS.
BERSATU.

Yang lain lebih kepada campuran dan hak sama rata.

Sebagai rakyat marhain, kami semua mahukan yang terbaik buat negara.

Selepas KDYMM Baginda Yang di-Pertuan Agong berjumpa dengan semua 222 Ahli Parlimen semalam, maka hari ini kita akan mendapat keputusannya insya-Allah.

Kami semua mahu keresahan ini hilang segera, ia untuk negara. Yang penting ia mesti memperjuangkan melayu dan Islam dan mengembalikan hak-hak itu kepada kami semua.

Semoga yang diberi mandat nanti mempertahankan Islam dan Melayu selamanya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Rakyat.