baca_banner

Dunia di hujung jari; itulah yang dikatakan untuk suasana dengan industri teknologi yang kita boleh nampak sekarang. Perkembangan pesat yang kita boleh nampak sekarang adalah kandungan digital yang boleh diakses di dalam hampir semua peranti yang ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk penerbit tradisional (yang menggunakan kertas & pencetak) untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca. Kini mereka perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi ini.

Buat julung kalinya, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) menganjurkan Baca World – Pameran Kandungan & Aplikasi Digital Pertama Di Malaysia pada tahun 2015 ini.

Dalam pameran ini, anda boleh melihat beberapa penerbit terkemuka di Malaysia akan mempersembahkan hasil penerbitan mereka ini dalam bentuk digital. Selain daripada itu, Baca World juga menampilkan beberapa pembangun aplikasi dan syarikat teknologi seperti Google Malaysia yang akan menunjukkan hasil inovasi mereka dalam dunia kandungan digital.

Pameran ini akan berlangsung pada 30 Januari 2015 hingga 1 Februari 2015 dari jam 9:30 pagi ke 6:00 petang.

Sedikit teaser dari pihak Baca World di bawah.

Dan layari Baca World untuk ketahui maklumat lanjut tentang pameran ini.

Nota Editor: The Vocket merupakan Portal Rasmi untuk Baca World dan nantikan liputan kami di pameran ini secara terus di Facebook & Instagram The Vocket