Jika pada zaman dahulu agak mustahil untuk menggalas sebuah komputer yang agak berat disertai dengan dengan spesifikasi yang canggih, kini tidak lagi dengan adanya Backpack PC. Mungkin ada diantara ada yang berpendapat penggunaan laptop yang canggih sudah cukup memadai namun tidak bagi kegunaan realiti maya.

A woman checks a pair of Vive Virtual Reality goggles, produced by Taiwan's HTC, during the Gamescom 2015 fair in Cologne, Germany August 5, 2015. The Gamescom convention, Europe's largest video games trade fair, runs from August 5 to August 9. REUTERS/Kai Pfaffenbach - RTX1N5FQ

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, kuasa grafik yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan penggunaan realiti maya yang baik dan lancar dimana kebanyakan komputer riba gagal untuk lakukan. Backpack PC merupakan pilihan yang baik untuk disambungkan kepada set-set realiti maya seperti Oculus Rift dan juga HTC Vive.

Setakat ini, MSI dan HP merupakan pengeluar bagi Backpack PC ini. Dengan spesifikasi yang canggih serta penggunaan kad grafik yang canggih iaitu GTX 980 dan cip pemprosesan Intel Extreme i7, menghubungkan ke set realiti maya bukan lagi suatu masalah.

msi-backpack-pc-IMG_7542-6

Omen-X-by-HP-VR-PC_w_755

MSI dan HP kedua-duanya hadir dengan spesifikasi dan ketebalan yang agak berbeza. HP memetingkan rekaan yang nipis dan sexy manakala MSI hadir dengan backpack pc yang agak berat dan tebal. Suatu inovasi yang baik daripada MSI dimana memfokuskan kepada penyejukan sistem.

Adakah backpack PC bakal menjadi keperluan seperti mana komputer dan komputer riba di masa akan datang? Sama-sama kita nantikan sejauh mana realiti maya mempengaruhi kehidupan kita seharian.

Sumber