Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dikenali dengan nama Jeroong Wia di kalangan netizan, pemuda ini telah sebulan lebih berkelana cara backpacker di Jepun. Buat anda yang masih baru mengikuti Vocket, kami pernah kongsikan tentang beliau yang pernah mengembara bermula dari China ke Rusia melalui Tran-Siberia, dan kemudiannya menyambung perjalanan menjelajah benua Eropah dengan bajet terhad.

Baca kisah Jeroong: Bermodalkan RM4K Pemuda Ini Berkongsi Bagaimana Beliau ‘Survive’ Setahun Mengembara

Baru-baru ini, Jeroong telah berkongsi 2 lokasi berikut yang saya kira menarik dan boleh dijadikan rujukan buat anda yang bakal travel ke Jepun iaitu senarai kedai barangan pre-love di Jepun dan lokasi di mana anda boleh nikmati budaya Jepun termasuk mencuba Kimono dan Yukata secara percuma.

1. Senarai kedai barangan pre-love di Jepun

Jepun turut dikenali sebagai syurga bagi mereka yang meminati barangan rare, berjenama serta buat buat para pengumpul barangan vintage serta pre-love. Namun jika tak kena gaya serta kurang info, memang susah nak cari lokasi menyelam bagi barangan pre-love atau lebih dikenali sebagai bundle Jepun.

Sebagaimana diakui oleh Jeroong, bundle di Malaysia dipandang rendah oleh warga-warga yang berkedudukan tinggi tetapi tidak di Jepun. Barangan pre-love di Jepun amat terjaga kualitinya. Malahan bagi sesetengah barang yang menjadi buruan di kalangan para peminat dan penumpul barangan vintage, harganya boleh mencapai puluh ribuan ringgit Malaysia.

Pelbagai jenis koleksi barangan berjenama seperti jam, bag tangan, pakaian, kasut yang rare boleh didapati di kedai-kedai bundle Jepun dengan kualiti yang terjamin dan yang penting harga jauh lebih murah daripada harga kedai.

Antara kedai-kedai yang anda boleh lawati bagi mencari atau menyelam barangan pre-love adalah:

• Mode-off
• Hard-off
• Book-off
• Hobby-off
• Treasure Factory
• Bingo
• Second Street
• Jumble Store
• Book-off Super Bazaar
• Off-house
• Junk house
• Daikokuya

Berikut gambar-gambar kedai barangan pre-love untuk rujukan anda. Ingat. Bukan bundle tetapi pre-love.

2. Bergambar dengan memakai Kimono dan Yukata secara percuma

Terasa tak lengkap jika travel ke Jepun tanpa merasai peluang memakai baju Kimono bagi wanita dan Yukata bagi lelaki. Kedua-dua baju ini adalah pakaian tradisional Jepun dan masih menjadi antara tarikan utama bagi mereka yang ingin merakam kenangan sambil menikmati budaya Jepun.

Perkongsian ke 2 Jeroong adalah lokasi di mana anda berpeluang mencuba pakaian tradisonal ini secara percuma yang disediakan oleh pihak pelancongan Jepun (JNTO) kepada pelancong asing.

Berikut adalah senarai budaya Jepun yang boleh anda nikmati secara percuma di pejabat JNTO:

  1. Pakai Kimono
  2. Pakai Yukata
  3. Belajar kaligraphi Jepun
  4. Belajar bungkusan Furoshiki
  5. Kraftangan kertas Jepun

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke pejabat Japan National Tourism Organisation (JNTO) yang terletak lebih kurang 800 meter dari stesen utama Tokyo dan 300 meter dari stesen metro Hibiya. Anda juga boleh cuba cari dengan Google Maps.
Alamat: 新東京ビル, 3 Chome-3-1 Marunouchi, 千代田区 Chiyoda-ku, Tōkyō-to 100-0005, Japan

Website: www.jnto.go.jp

Anda boleh cuba dan pakai Kimono dan Yukata secara percuma dan boleh dibawa keluar berjalan-jalan sambil memakai pakaian tradisional ini untuk bergambar tak lebih daripada 1 jam.

Jika di Asakusa, sewa yang dikenakan bagi memakai Kimono dan Yukata paling minimum adalah 3000 ¥ (bersamaan RM120). Di JNTO ini, mereka mempunyai 27 pasang Kimono setiap masa. Tetapi had maksima bagi pengunjung yang datang pada satu-satu masa adalah seramai 10 orang di dalam 1 kumpulan.

JNTO juga menyediakan tour secara percuma kepada pelancong yang ingin ke Emperial Palace iaitu istana yang menjadi singgahsana dan kediaman rasmi Maharaja Jepun. Istana ini adalah tempat di mana Raja Akihito serta keluarga beliau menginap sehingga kini.

Semoga tips di atas membantu anda yang ingin travel ke Jepun tanpa tour guide, dan tidak mahu ikut mana-mana pakej pelancongan. Untuk carian penginapan dan hotel di Jepun dengan lebih murah, anda boleh cuba buat perbandingan harga di Hotelscombined.com. Arigato Gozaimas.

Baca lagi: 3 Jenis Pass Pengangkutan Awam Untuk Anda Berjimat Sewaktu Di Tokyo, Jepun

Anda Mungkin Suka