Tidak semua orang mampu untuk membeli rumah sendiri terutama sekali yang baru bekerja. Oleh itu, ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa rumah atau bilik.

Terbaharu, iklan rumah sewa dalam  Facebook group Rumah Sewa Penang Terkini dimana satu bilik sempit perlu dikongsi 3 orang dan hanya disediakan katil, tilam dan kipas menjadi perhatian ramai.

photo_2021-07-22_15-16-50

Malah, harga sewa untuk seorang adalah RM150 jika berkongsi bilik dan RM350 jika tidak mahu berkongsi. Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan harganya terlalu mahal.

Malah, para netizen juga mengatakan tidak berbaloi menyewa bilik sempit tersebut dengan harga yang ditawarkan kerana boleh dapatkan bilik yang lebih baik jika rajin mencari.

photo_2021-07-22_15-16-42

photo_2021-07-22_15-16-46

Bukan itu sahaja, para netizen turut bersetuju bahawa pemilik bilik sewa itu keterlaluan kerana menyewakan bilik sempit dan padat itu.  Malah, ada yang mengatakan bahawa sudah seperti di Hong Kong apabila bilik kecil disewakan untuk ramai penyewa.

Walau bagaimanapun, pilihan menyewa ditangan penyewa dan adakah anda rasa berbaloi untuk menyewa di sini atau sebaliknya?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan bilik sewa pada pautan di bawah ini.

Disangka Sewa Bilik, Lelaki Malaysia Ini Terkejut Ruang ‘Penghadang’ Ini Disewa RM1,709 Sebulan

Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515