Pernah tidak masa zaman sekolah dahulu anda jadikan cikgu sebagai role-model? Aura positif seorang guru ini sangat hebat sampaikan boleh mempengaruhi anak muridnya.

Selain itu, cikgu sebenarnya banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada kita semua untuk berjaya dalam pelajaran mahupun kehidupan. Nak tahu atau tidak siapa yang mencungkil bakat Pak Nil? Jom tonton video ini!

Pemberi motivasi & pencetus inspirasi

Wow! Rupa-rupanya cikgu lah yang menjadi penyuntik semangat Pak Nil untuk berjaya. Hebat betul pengaruh seorang guru!

McD Anugerah Guru Inspirasi!

BM-Anugerah-Guru-Inspirasi_Poster-1

McDonald’s Anugerah Guru Inspirasi kini kembali buat kali keempat bagi menghargai guru-guru yang telah menjalankan tugas melebihi tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan memberi inspirasi kepada pelajarnya untuk menjadi lebih baik.

Jika ada cikgu yang anda rasa bahawa jasa dan pengorbanan mereka layak mendapat anugerah, jangan lepaskan peluang untuk calonkan guru-guru kesayangan anda untuk McD Anugerah Guru Inspirasi. Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:

1. Lengkapkan borang pendaftaran anda di sini.

2. Kongsikan kisah bagaimana guru yang anda calonkan memberi inspirasi tidak kurang daripada 100 patah perkataan dan maksimum 1,500 patah perkataan, samada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.

3. Anda juga boleh hantarkan penyertaan dengan memuat naik sekeping gambar atau pautan rakaman video guru yang dicalonkan bersama rumusan tidak lebih 100 patah perkataan.

Jadi, tunggu apa lagi? Hantarkan pencalonan guru inspirasi anda sebelum 30 Mac 2020! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website McDonald’s.

Tidak dapat dinafikan usaha dan jasa guru sangat besar dalam menjadikan kita manusia yang berguna. Baca kisah pengorbanan guru pada pautan di bawah ini.

Tiada Laluan Kenderaan, Guru Ini Pikul Peti Ais Sejauh 10KM Demi Anak Murid Di Pedalaman

Kamu ‘Otai’, Suruh ‘Abang Long’ Jumpa Cikgu, Cara Saya Selesaikan Masalah Murid Nakal

Ajar Adik ‘Add Math’ Buat Aku Sedar Jadi Cikgu Itu Susah Kerana Satu Sebab Ini