Umum tahu sejak akhir-akhir ini, kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan yang mendadak. Malah, pengumuman pada 3 Oktober lalu memaklumkan Malaysia mencatatkan kes COVID-19 tertinggi dalam satu hari dengan 317 kes.

Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, orang ramai sedar dengan punca dan cara mengekang jangkitan virus ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan amalan tersebut masih lagi belum menjadi budaya selepas mendapati masih terdapat masyarakat yang bersesak-sesak ketika membeli belah serta tidak memakai pelitup muka.

PK04_18072020_KLINIK
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Sumber: The Star

“Bagaikan tidak takut maut. Mereka hanya risau dan takut apabila mendengar kes meningkat dan bila ada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu bagi mencegah penularan COVID-19 di Desaru, Kota Tinggi.

BH_20200803_NIMSIACOVID_4187815
Sumber: Berita Harian

Selain itu, Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) yang sebelum ini berkesan dalam memerangi wabak denggi bakal diaplikasi dalam memerangi wabak COVID-19 di seluruh negara.

Menurut Dr Adham Baba, sukarelawan COMBI di seluruh negara akan digerakkan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap norma baharu dalam kalangan masyarakat.

Tular pada minggu ini apabila SPRM menahan Datuk Seri yang disyaki terlibat dengan macau scam.

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Sumber